Mengembalikan semangat yang hilang.

 

image

Assalamualakum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca di blog ini. Pada artikel sebelum ini, saya ada menulis berkenaan dengan sebab hilangnya motivasi bila berada di tempat kerja dan jika anda hendak tahu, hampir 60% warga pekerja hilang motivasi untuk datang bekerja ataupun akan hilang semanngat sebaik sahaja tiba di tempat kerja.

 

Datang kerja macam kena paksa...

Kebanyakan yang dah pun hilang semangat nak bekerja sejak keluar dari pintu rumah lagi, mereka seolah-olah terpaksa mengheret kaki masing-masing untuk tiba ke tempat kerja. Di antara gaya orang yang dah hilang semangat serta motivasi di tempat kerja.

 

i.) Gaya dia berjalan pun dah boleh agak. Selalunya tidak seperti biasa. Macam tergesa-gesa sangat atau  berjalan dengan agak longlai.

ii.) Memang langsung tidak akan memberi perhatian ketika kita sedang bercakap. Walaupun nampak kita sedang berbual dengannya, tetapi fikiran orang yang hilang semangat ini ke tempat lain.

iii.) Kalau diberi arahan, dia macam kata Ya! Saya akan lakukan... tetapi sebenarnya dia tak berbuat apa apa.

iv.) Selalu menghilangkan diri. Call pun tak mahu angkat atau pun off handphone.

 

Cara mengatasi masalah motivasi dan mengembalikan semangat

Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan oleh mereka yang sudah hilang motivasi ini dan perkara ini hanya boleh dilakukan oleh mereka sendiri.

Di antara cara yang boleh dibuat untuk mengembalikan semangat dan meningkatkan motivasi.

 

i.) Cuba dapatkan kaunseling daripada kaunselor ataupun menceritakan masalah anda pada orang yang anda boleh percaya (maksudnya orang ini tidak akan membocorkan rahsia). Dengan menggunakan kaunselor atau menceritakan apa yang terbuku di hati, sedikit sebanyak anda telah berjaya membuang perasaan 'terbuku' di hati itu dan meningkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri.

 

ii.) Apabila sampai di tempat kerja, senaraikan apa yang anda perlu lakukan supaya anda tahu yang mana satu kerja yang perlu didahulukan dan mana satu yang perlu dikemudiankan...

 

iii.) Sekiranya motivasi anda hilang disebabkan gaji yang tidak sepatutnya, anda mungkin boleh berbincang dengan orang atasan, apa yang mereka mahukan dan apa janji mereka. Tapi jika sekiranya mustahil untuk merealisasikan perbincangan dengan boss anda, motivasi yang terbaik ialah anda teruskan apa yang anda perlu buat di tempat kerja sekarang, sambil itu perlahan-lahan mencari tempat kerja yang baharu. Dapat sahaja offer yang bagus, bertukarlah!

 

iv.) Siapa yang menentukan rezeki kita? Jangan lupa kita ada perintah yang lain selain daripada boss anda sendiri. Boss yang paling besar bagi kita ialah Allah S.W.T dan jangan sesekali kita lupa untuk bertemu dengannya ketika solat Zohor dan solat Asar. Mintalah pertolongan dariNya.

 

v.) Perbaiki hubungan anda dengan rakan sekerja. Contohnya keluar makan bersama ketika waktu rehat tengahari. Pergaulan dan silaturrahim perlu diperkukuhkan kerana jika anda tak datang kerja, mereka ini yang kena sambung kerja anda. Bayangkan jika hubungan anda dengan mereka tak berapa ngam.. mesti kerja anda tidak akan dibuat.. pending je besok..

 

Saya berharap semoga tips ini dapat membantu kawan-kawan kita yang kerap hilang motivasi dan semangat apabila berada di tempat kerja. Saya akan sentiasa mengemaskini artikel ini jika ada pembaharuan dalam meningkatkan motivasi bila berada di tempat kerja.

 

Terima kasih kerana membaca artikel ini.

Rizman M.A

www.mohdrizmanma.com