Hanya ucapan takziah yang mampu dizahirkan

Assalamualakum dan salam sejahtera rakan-rakan yang singgah menjengah di blog ini.

Seperti yang kita ketahui sejak semalam lagi, satu kemalangan helikopter yang terhempas di Kampung Pasir Baru, di Semenyih Selangor telah mengorbankan 6 orang yang berada di pesawat malang ini dan yang antara terkorban ialah Pengerusi PR1Ma yang juga mantan Menteri Tenaga, Teknologi dan Inovasi iaitu Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Bin Jarjis.

 

Untuk artikel ini saya tidak berniat untuk menulis cerita yang panjang lebar tentang kronologi kejadian, cara ia terhempas dan sebagainya. Biarlah pihak yang berkenaan buat kerja mereka. Dan yang kita ini, sebagai seorang muslim kita harus menghormati pemergiannya mengadap Ilahi dan itu adalah ketentuan takdir apabila beliau menemui Allah SWT dalam keadaan helikopter terhempas. Arwah pun dah selamat dikebumikan pada sebelah petang tadi.

 

Keyboard Warrior Melayu semakin hilang kesopanan dan menghormati orang yang meninggal dunia

Malangnya sejak semalam, selepas kejadian ini berlaku pada petang semalam dan di media-media sosial, macam-macam spekulasi, tohmahan dan cercaan yang ditulis oleh keyboard warrior kepada keperibadian arwah. Dalam keadaan beliau pergi dengan cara yang agak malang, kita yang masih hidup sepatutnya memberi ucapan takziah dan menghadiahkan Surah AlFatihah, bukannya ke main sedap mengutuk kerajaan, menyalahkan UMNO, memaki arwah dalam ruangan komen dan apa sahaja yang boleh mengguris hati keluarga arwah dan juga pada keluarga yang lain.

 

Nampaknya, orang melayu kita yang menjadi keyboard warrior sudah hilang adab dan budi pekerti apabila menulis di ruangan komen Facebook. Mungkin mereka tak terasa kesannya pada masa sekarang dan cubalah kalau mak dan ayah anda mati dalam keadaan begitu.. adakah anda masih lagi mahu mencerca sesama adik beradik dan saudara mara pula…

 

Dan nampaknya, saya kena terima yang orang melayu di zaman media sosial ini sudah tak ada lagi sifat melayu sejati kerana terpengaruh dengan dakyah politik yang ekstrem dan membuang masa itu?

Wallahualam..

 

Terima kasih kerana membaca artikel ini

Rizman M.A

www.mohdrizmanma.com