Bila hilang motivasi kerja!

image
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca dan pengunjung blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih atas sokongan moral yang diberi oleh beberapa rakan blogger dan juga pembaca untuk memberikan saya satu kekuatan dan untuk terus bermotivasi dalam penulisan blog ini.

Saya pernah hilang motivasi...

Terus terang saya coretkan di sini, saya hilang motivasi sejak 2 tahun kebelakangan ini untuk terus menulis dan mengemaskini blog ini kerana ada 2 perkara yang saya perlu selesaikan dalam tempoh 2 tahun ini. Iaitu pekerjaan dan masalah peribadi. Bila memikirkan kedua-dua perkara yang saya perlu selesaikan, maka konsentrasi saya pada blog ini berkurangan. Lebih memeritkan, hampir separuh dari pengunjung blog ini tidak kembali membaca walaupun artikel terkini, sebab salah saya sendiri. Kenapa salah saya? Sebab saya hilang motivasi untuk terus menulis.

Hilang motivasi kerana apa?

Cerita saya pasal hilang motivasi bukan sahaja tertumpu pada blog semata-mata. Malah, sebenarnya saya kerap hilang motivasi di tempat kerja.  Tetapi setakat ini saya mampu mengatasinya secara perlahan-lahan dengan penuh istiqomahkan diri.
Bagi golongan pekerja yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan jika anda bekerja di bahagian pengurusan, pentadbiran dan operasi. Hmm golongan inilah yang akan cepat hilang motivasinya. Apakah puncanya hilang motivasi bila sampai di tempat kerja?

Masalah peribadi di luar waktu pejabat
Masalah peribadi yang tiada kaitan dengan kerja yang anda lakukan, macam perselisihan faham dengan makwe, awek, bini, mak, ayah atau adik beradik boleh menyebabkan konsentrasi atau fokus anda kerap diganggu. Satu lagi masalah peribadi yang akan mengganggu jiwa ialah apabila anda banyak hutang. Ya... hutang kalau selalu culas, boleh menyebabkan kita hilang motivasi dengan sekelip mata kerana asyik nak fikir, "bila le aku boleh bayar", "nak bayar ke tak" dan macam-macam lagi yang boleh mengganggu fikiran di kepala. Serabut weiii...!
Dan macam-macam lagi masalah peribadi yang lain, contohnya anda pergi pecahkan cawan kawan sendiri kerr, kereta kena tarik oleh bank kerr..., atau pun kucing mati kena lenyek basikal anak jiran kerr... ini semuanya boleh mengganggu konsentrasi dan fokus anda bila sampai di meja tempat kerja.

Masalah di tempat kerja
Motivasi lebih cepat 'drop' atau anda menjadi 'down' bila anda dimalukan oleh majikan (boss) atau oleh rakan sekerja yang lain. Asal pergi meeting je.. tak boleh jawab, kena bambu lepas tu... dan selepas meeting, kena bambu lagi dengan immediate superior anda, ini yang menjadi penyebab motivasi terus hilang dan anda terus 'down'.
Lagi le kita 'down' apabila tak pasal-pasal je kena marah dan dapat surat amaran dari majikan...
Confirm hilang motivasi!

Perhubungan yang tidak baik di antara rakan sekerja.
Jika anda kurang perhubungan dengan rakan sekerja, contohnya kalau anda makan di kantin, selalunya seorang diri.. Hmm ini juga boleh menyebabkan diri anda terus hilang motivasi sebab anda kesunyian

Gaji sikit sangat...
Bab gaji pula.. Ini juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anda senang hilang motivasi. Ya le kan..? Jika anda seorang supervisor yang gajinya RM3000, tetapi rakan sekerja anda bergaji RM4000 dengan jawatan yang sama, tak ke anda 'down'?

Anda selalu culas bab solat!
Yang ini juga sebenarnya walaupun macam isu terpencil je, tetapi ia merupakan masalah besar kepada anda sendiri kerana anda tidak bersyukur dan selalu meninggalkan suruhanNya. Kalau kerap sangat anda tinggalkan sembahyang (dengan alasan kerja), tidakkah anda sedar separuh kenikmatan yang diberi kepada anda sudah ditarik balik? Ha ponteng le solat lagi???

Bagaimana pula anda boleh mengembalikan motivasi di tempat kerja dan maintain motivasi itu? Saya akan menulisnya pada artikel yang lain nanti.

Terima kasih kerana membaca artikel ini.
Rizman M.A
www.mohdrizmanma,com