Bekerja dengan company Jepun (Part 2)

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk artikel kali ini, saya ingin menyambung penulisan saya pada 2 tahun yang lalu berkenaan dengan bekerja di syarikat-syarikat dari Jepun. Pada tahun 2012, saya pernah menulis artikel dengan tajuk yang sama. Artikel ini anda boleh baca di sini.

 

Jepun memperkenalkan pelbagai industri.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia adalah pilihan bagi kebanyakan syarikat Jepun untuk melabur bagi mengembangkan perniagaan mereka. Biasanya pengeluar dari Jepun ini suka memilih negara yang dijamin dari segi kos buruh, penjanaan pendapatan jualan dan juga kos operasi. Malaysia adalah antara negara yang bertuah kerana menjadi pilihan kebanyakan pengilang-pengilang dari Jepun ini.

 

Walau bagaimanapun, bekerja dengan kilang Jepun sebenarnya ada cabarannya yang tersendiri. di antara cabarannya ialah nak fahamkan Jepun itu sendiri. Orang Jepun yang bekerja di sini ada bermacam-macam perangai dan sikap. Ada sesetengah orang Jepun, mereka memang respect kepada pekerja-pekerja bawahan terutamanya operator pengeluaran. Tetapi ada juga orang Jepun yang memandang rendah orang-orang tempatan.

 

Ada sesetengah Jepun yang jiwanya ‘orang Jepun tulen’, mereka amat mudah mempercayai seseorang sebab bisnes Jepun ni adalah atas ‘dasar kepercayaan’. Kalau mereka percaya pada kita, maka apa sahaja yang kita cadangkan,mereka akan terima dengan senang hati. Tetapi apabila sekali kita menipu mereka, maka mereka akan buat kita sampai berhenti…

 

Orang Jepun ni bila di Malaysia, merekalah yang dianggap pihak management . Semua cakap mereka, memang confirm kita kena ikut. Tak pernah tak ikut. Jika di dalam meeting, dia aje yang betul. Yang kita pula, jika jawapan yang salah diberi atau jika jawapannya tidak memenuhi kehendak mereka, maka anda akan ditanya soalan yang bertalu-talu, sampailah tak boleh jawab.

 

Bergantung di mana industri anda berada dan polisi syarikat (tetapi bukannya semua), bila anda berselisih jalan dengan Jepun, anda dikehendaki ‘greeting’ sama dia. Cakap ‘Good Morning’ sambil tabik hormat atau menundukkan sedikit kepala. Ada juga yang kena angkat jari telunjuk ketika greeting. (Sebabnya ada polisinya yang suruh berbuat demikian untuk menunjukkan kesetiaan kepada syarikat). JIka anda tak greet diaorang, maka kena komplen le dengan mamat Jepun tu, atau pun factory manager.

 

Syarikat Jepun amat mementingkan prosedur kerja yang kadang kala terasa amat ketat. Mana-mana syarikat Jepun yang ada sijil ISO, biasanya mereka ada SOP yang akan digantung pada setiap mesin dan rekod pada mesin mesti dicatatkan mengikut spec. Jika ‘out spec’, mesti beritahu supervisor untuk tindakan yang selanjutnya. Akan tetapi, jika tak diberitahu dan jika kantoi masa audit, anda akan teruk dibambu oleh Jepun yang bertugas.

 

Biasanya kilang Jepun menjaga kebajikan pekerja

Biasanya jika anda pernah masuk ke syarikat Jepun ini, anda akan nampak yang mereka ada memberikan banyak kemudahan kepada pekerjanya. Biasanya syarikat Jepun akan menyediakan locker, surau lelaki dan wanita, elaun, kantin dan bonus jika syarikat ada untung pada tahun tersebut. Jika anda tiada tempat tinggal, biasanya ada hostel disediakan (biasanya untuk wanita sahaja). Solat Jumaat juga dibenarkan tetapi mengikut masa yang ditetapkan. Biasanya 1 jam 30 minit dan rehat pada hari Jumaat adalah panjang sedikit berbanding dengan hari biasa. Ada sesetengah syarikat Jepun, pekerjanya ada pertubuhan pekerjanya sendiri ( UNION ).

 

Bila bekerja dengan Jepun, semua benda nak tahu.

Biasanya, jika anda di bahagian production, anda kena tahu proses dari A sampai Z. Anda juga kena tahu cara membuat SOP dan mengajar operator pengeluaran di bawah anda. Ada sesetengah syarikat Jepn sekarang ni, sudah mula mengurangkan kos manpower. Ada supervisor yang kena jaga lebih dari 2 line atau menjaga hampir separuh dari operasi pengeluaran. ( Kerja patutnya kena 3 orang, tetapi kau sorang je le kena buat sebab sudah kena potong kos manpower ). Memang kerja dengan Jepun ni kadangkala memenatkan. Itu belum lagi jika anda kena maki di hadapan khayalak ramai walaupun kesilapan kecil dilakukan.

 

Sebenarnya, banyak lagi yang saya ingin coretkan di sini berkenaan dengan kerja bersama mamat Jepun ni, tetapi saya rasa macam panjang sangat post ni. Insya Allah saya akan sambung lagi artikel ini pada post yang lain, atau pun saya updatekan sahaja post ini

 

Terima kasih kerana membaca artikel ini

Rizman M.A

www.mohdrizmanma.com