Cinderella 2015 : Plot cerita yang terlalu perlahan.


Sudah lama saya tidak menulis sebarang artikel berkaitan dengan blog ini dan juga aktiviti terkini saya kerana macam biasa, saya agak sibuk sejak kebelakangan ini dan juga kerana masalah kesihatan. Tetapi saya bersyukur kerana sepanjang 3 bulan ini, badan saya agak selesa sedikit kerana dapat berehat lebih lama dari biasa.

Untuk artikel blog pada kali ini, pada sebelah petang 15hb Mac 2015, saya sekeluarga berpeluang menonton filem terbaru keluaran Walt Disney, sebuah cerita dongeng rakyat bernama Cinderellla. Kenapa saya mengatakan yang ianya sebuah cerita dongeng, kerana saya sedia maklum akan jalan cerita Cinderella, dari pemulaan ceritanya sehingga apabila Cinderella berjaya mengahwini putera raja. Bermacam-macam versi cerita Cinderella yang pernah saya tonton sejak kecil lagi sama ada siri animasi, drama atau filem cakera. Sejarah Cinderella yang bermula sejak 1697 ini masih diminati di Eropah dan hanya bermula di layar animasi pada tahun 1950.

Untuk filem Cinderella ini, sebenarnya ia adalah filem pertama yang dibawa ke layar perak oleh Walt Disney selepas sekuel animasi terakhirnya Cinderella III : The Twist in Time (2007). Apabila saya menonton filem ini, saya dah agak permulaan ceritanya terlalu perlahan. Intronya akan bermula di mana Ella (nama pendek Cinderella ketika itu) amat gembira pada kehidupannya semasa kecil sehingga apabila Ella kematian ibunya dan selepas itu bapanya berkahwin semula dengan Lady Tremaine ( merangkap ibu tirinya ) yang mempunyai 2 orang anaknya yang berperangai seperti kebudak-budakan walaupun sudah dewasa. Nasib Ella sungguh malang apabila selepas bapanya meninggal dunia, ibu tirinya mengambil kesempatan dengan menjadikan Ella seperti hamba. Pada bahagian ini saya merasakan jalan ceritanya agak perlahan, diselang seli dengan suara latar penceritaan pada setiap segmen.

Cerita atau plot yang seterusnya saya dah boleh agak. Macam biasa, dalam cerita Cinderella ini, mesti confirm ada keluar watak seperti Dewi Pari Pari yang memberi jalan kepada Ella untuk bertemu dengan putera raja, yang sebelum itu mereka ada terserempak di dalam hutan ketika mengejar rusa. Plot yang seterusnya ialah bagaiman sebiji labu bertukar menjadi sebuah kereta kuda emas, tikus menjadi kuda, angsa menjadi pemandu kereta kuda dan 2 ekor cicak sebagai pengiring.

Yang plot tertinggal sandal (kasut) , dan kemudiannya semua perempuan tidak dapat memakainya, yang ini wajib ada dalam plot cerita ini.

Berkenaan dengan cast (pelakon), ada kelainan di sini kerana Walt Disney mengangkat Lily James yang berasal dari UK sebagai watak utama untuk filem ini dan kebanyakan pelakonnya banyak yang berasal dari UK


Watak ibu kepada Cinderella dipegang oleh Haley Atwell yang sebelum ini biasa dikenali dalam filem The Avenger atau Captain America, tetapi untuk filem Cinderella, wataknya tidak banyak babak. Untuk watak ibu tiri dipegang oleh Cate Blanchett, watak ini agak malang bagi saya kerana tidak menunjukkan kegarangannya sebenar sebagai ibu tiri.

Bagi saya, filem ini agak perlahan sedikit, tetapi pada bahagian akhir cerita ini, ada le pulak adegan bercium di antara Ella dan Prince charming tu… alahai..!





Senarai pelakon
  • Lily James sebagai Ella ("Cinderella")
    • Eloise Webb sebagai Ella kecil
  • Richard Madden sebagai Prince "Kit" Charming
  • Cate Blanchett sebagai Lady Tremaine
  • Helena Bonham Carter sebagai The Fairy Godmother
  • Stellan SkarsgĂ„rd sebagai The Grand Duke
  • Derek Jacobi as The King
  • Hayley Atwell sebagai Cinderella's Mother
  • Holliday Grainger sebagai Anastasia
  • Sophie McShera sebagai Drizella
  • Nonso Anozie sebagai Captain
  • Ben Chaplin sebagai Cinderella's Father