Setiap tahun baru pun mencabar beb..!

image

Salam takzim dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog saya yang budiman.

Hari ini, bermulalah kalendar baru bagi tahun 2015, maka saya pun tak rasa nak malu, nak bagi tahu umur saya pun sudah meningkat ke 38 tahun untuk tahun ini dalam tempoh 6 hari sahaja lagi dari sekarang. Saya akan menjangkakan yang tahun 2015 ini ada cabarannya yang tersendiri untuk diri saya sendiri dan juga untuk rakyat Malaysia serta di dunia ini secara keseluruhannya.

 

1.) Pada tahun 2014, saya agak sibuk dengan kerja saya di bahagian kualiti tanpa ada masa untuk mengulangkaji apa yang saya telah belajar di bahagian kesihatan dan pekerjaan. Dan tahun lepas juga, saya amat jarang menghadirkan diri pasa mesyuarat jawatankuasa Kesihatan dan Pekerjaan di tempat saya bekerja.

Pada tahun 2015 ini, saya akan meletakkan matlamat saya untuk memeberi lebih keutamaan untuk mengulangkaji pelajaran saya dan seterusnya mengambil peperiksaan kertas pertama saya, Insya-Allah.

 

2.) Berkenaan dengan kerja sekarang ini, memanglah agak selesa tetapi saya pun tidak mahu berada pada zon yang terlalu selesa. Saya jangkakan tahun 2015 akan lebih cabarannya memandangkan ekonomi serantau yang masih perlahan. Maka, pasaran juga agak lemah

 

3.) Pada Maal Hijrah yang lalu, saya berazam untuk cuba menghadiri kuliah-kuliah agama jika berpeluang. Tetapi nampak gayanya sampai dah akhir tahun 2014, satu kuliah pun saya tak dapat nak hadirkan diri disebabkan tekanan kerja. Insya-Allah pada tahun 2015 ini, saya berazam untuk ke kuliah agama di masjid-masjid berdekatan sekitar Pasir Gudang.

 

Bagaimana pula cabaran Malaysia untuk tahun 2015? Tahun 2014 merupakan tahun yang paling memberikan cabaran bagi Malaysia kerana banyak kejadian-kejadian yang tak terduga oleh kita sebagai rakyat Malaysia, di antaranya ialah pergolakan politik, bencana alam seperti banjir, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Ukraine dan bermacam-macam lagi kisah suka dan duka di Malaysia.

 

Oleh itu, kisah suka duka saya untuk tahun 2014, saya mahu lupakan dan saya perlu positifkan diri. Untuk blog ini juga, saya bercadang untuk menulis dengan lebih kerap tentang apa yang saya rasakan perlu. Bukan sahaja luahan peribadi, tetapi juga berkongsi ilmu.  Dan harus diingat, semakin kita mengalu-alukan tahun baru, jangan lupa yang kita ini semakin tua….

 

Rizman M.A

www.mohdrizmanma.com