Jangan galakkan anak anda tonton Hagemaru

image

Anda sukakan Hagemaru? Anda gemarkan keletah Hagemaru dan rakan-rakannya di Astro Ceria?

Kenapa pula anda minat dengan si kecil gondol yang bijak berkata-kata dan suka mengeluarkan perkataan yang tidak molek di dengar?

 

Serba sedikit komen saya berkenaan dengan Hagemaru, sebenarnya kartun animasi dari Jepun ini sepatutnya tidak boleh ditontoni secara kerap oleh anak anda kerana ada beberapa adegan dan dialognya yang mungkin boleh mempengaruhi anak anda.

 

1.) Sejarah Hagemaru ini bermula sekitar tahun 1980 an ketika Jepun dilanda demam ‘Manga’ (komik). Hagemaru dicipta oleh Shinbo Nomura di mana komik Hagemaru ini cukup laris di pasaran Jepun. Selepas itu, komik Hagemaru telah diadaptasikan ke dalam bentuk animasi pula. Animasi Hagemaru bermula pada tahun 1985 dan berakhir pada tahun 1989. Di Malaysia, Hagemaru hanya disiarkan melalui saluran Astro Ceria (611)  pada sekitar tahun 2005 menggunakan alih bahasa Melayu.

 

2.) Siri Hagemaru ini mengisahkan gelagat seorang budak kecil yang berkepala botak dan comel ( kerana badannya tidak juga besar-besar walaupun makan banyak..) bersama keluarganya dan rakan-rakannya di sekolah. Keluarga Hagemaru ini terkenal dengan sifat suka berjimat cermat tetapi dengan cara yang tidak masuk akal. Hagemaru juga terkenal di sekolah kerana suka mengenakan kawan-kawannya dan guru sekolahnya juga.

 

3.) Di antara sikap berjimat cermat tetapi tidak boleh di terima akal yang diterapkan dalam siri Hagemaru.

      i.) memesan makanan untuk jiran dan makan sekali di rumah jiran.

     ii.) meminta botol-botol minuman terpakai supaya dapat mengumpulkan saki-baki air dalam botol minuman itu ke dalam cawan – untuk diminum. Itu cara orang kedekut tahap gaban

   iii.) Air yang telah digunakan untuk membasuh ‘recycle’ semula,  jadi air mandi.

 

4.) Hagemaru tidak pernah cemerlang di sekolah tetapi suka buat loyar buruk kepada gurunya, iaitu cikgu Sakura. Perangai ibu bapa Hagemaru pun sama sahaja dengan anaknya.

 

5.) Bagi saya, Hagemaru ini hanyalah setakat hiburan ringan sahaja. Walau bagaimana pun, ada sesetengah penggunaan bahasa yang agak kasar digunakan dan mungkin Astro terlepas pandang tentang penggunaan bahasa yang digunakan ketika dialih bahasa. Perkataan ‘bodoh’ paling kerap disebut dalam cerita ini. Dan ada juga babak yang tidak senonoh dipaparkan dalam siri ini, contohnya Hagemaru melihat seluar dalam yang dipakai oleh cikgu Sakura

 

Bagi saya, jika anda sukakan Hagemaru ini dan jika anak anda suka juga menonton, bimbingan anda amat diperlukan kerana manalah tahu suatu hari nanti anak anda akan berkata ‘BODOH’ kat anda… Siapa yang salah?

Sekarang ni walaupun ada yang tak dapat menontonnya di Asto Ceria, tetapi di Youtube pun dah banyak keluar siri Hagemaru ni..  Terpulanglah kepada kebijaksanaan anda.