Banjir 2014 - semoga mereka tabah dengan dugaan dariNya.

image

 

Salam sejahtera kepada pengunjung blog yang tak seberapa ini.

Untuk artikel kali ini, saya mahu menulis berkenaan dengan dugaan yang kita terpaksa menerimanya sebagai ketentuan Allah SWT. Banjir yang melanda negara kita ini, saya rasakan yang kali ini adalah banjir yang terburuk pernah melanda di negeri-negeri Pantai Timur. Semua orang tidak menjangka yang banjir kali ini cukup dahsyat dan meninggalkan bekas yang amat mendalam kepada mereka yang terbabit dengan musibah banjir ini.

 

1. Banjir yang berlaku di Pantai Timur bermula apabila hujan lebat yang berterusan untuk beberapa hari, terutamanya di kawasan hulu sungai. Di Kelantan, jajahan Kuala Krai dan Gua Musang adalah yang paling teruk dengan musibah ini kerana tempat ini terletak di kawasan hulu sungai. Biaanya, kawasan hulu sungai jarang-jarang ada banjir kerana berada di kawasan yang tinggi.

Di Terengganu, daerah yang paling terjejas ialah di Kemaman dan di Pahang pula ialah Temerloh, Jerantut, Pekan dan Maran.

 

2. Banjir yang melanda kebanyakan tempat di Pantai Timur pada tahun 2014 ini menyaksikan banyak kemusnahan harta benda dan kemudahan infrastruktur dan di antara kawasan yang paling teruk terjejas adalah Kuala Krai dan Gua Musang. Kemudahan elektrik dan air belum dapat dipulihkan setakat artikel ini di tulis.

 

3. Banjir kali ini juga telah mencatatkan rekod kematian yang tinggi iaitu sebanyak 21 orang (setakat yang dilaporkan) dan 10 orang masih hilang.

 

4. Kemusnahan infrastruktur seperti jalan, sekolah, balai polis, pondok telefon dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kegunaan orang awam hampir musnha keseluruhannya. Di jangkakan untuk membaik pulih infrastruktur akan memakan masa yang lama dan melibatkan dana yang cukup besar. Satu sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa kos kemusnahan di Kelantan sahaja sudah menjangkau RM200 Juta. Maka jika benar, kos membaik pulih semua infrastruktur ini mungkin boleh menjangkau RM500 ke RM700 juta.

 

5. Banjir kali ini juga menunjukkan kepada kita bahawa sistem tebatan banjir di kebanyakan daerah masih tidak mampu menampung 'air bah' yang begitu mendadak airnya apabila melimpahi bumi Pantai Timur.  Banjir ini sudah memberi petanda yang 'alam sudah mula memarahi manusia' kerana perbuatan manusia sendiri yang menyebabkan banjir besar melanda Kelantan, Pahang dan Terengganu.

 

6. Di Kelantan, pembalakan haram yang berleluasa dan tanpa kawalan terutamanya di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai, dipercayai menjadi penyebab utama keraana banjir kali ini juga membawa kelodak dan lumpur yang dipercayai dari kawasan hutan yang digondol oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

7. Banjir di Pantai Timur ini juga menyebabkan satu Malaysia tahu yang PM kita sedang main golf dekat Hawaii. Katanya bercuti selepas penat menguruskan negara. Jika polis dan bomba tidak dibenarkan bercuti, mengapa PM tidak balik dengan segera bila negara dilanda musibah yang teruk ini?

 

9. Pembalakan haram yang masih berleluasa di Kelantan telah merosakkan alam dari segi ekosistem kerana tiada lagi kawasan tadahan hujan. Maka disebabkan tamak dan hati berajakan duit, maka rakyatlah yang sengsara. Ke mana perginya penguatkuasaan hutan di Kelantan? Jabatan Perhutanan pergi mana? Pemantauan kerajaan negeri pula bagaimana? Banyak persoalan yang akan keluar selepas reda banjir ini.

 

Muktahir ini banyak bantuan telah tiba di negeri-negeri yang terjejas dengan banjir ini dan saya mendoakan yang terbaik bagi mereka yang menjalankan tugas memberi bantuan dan tidak lupa juga kepada mereka yang terjejas sangat dengan banjir ini. Semoga mereka tabah menghaapi dugaan dariNya.