Tune Hotel Kuala Lumpur - Hotel kos murah terlampau....

IMG_0276

Hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan untuk datang ke Kuala Lumpur dan sebenarnya hampir 3 tahun saya tidak datang ke Kuala Lumpur ini. Bila ada masa terluang kerana cuti sekolah dan saya pun ada masa cuti yang panjang, saya mengajak isteri dan anak saya ke sini untuk menikmati pemandangan di KL ini.

 

Saya memilih Tune Hotel KL sebagai tempat penginapan kami kerana berasajan ia adalah tempat yang sesuai kerana berdekatan dengan Medan Tuanku dan dari sini, kami boleh bergerak ke mana-mana kerana dekat.. nak pergi Menara KL senang, KLCC, Sogo, Bukit Bintang... hotel ini memang berdekatan dengan tempat-tempat ini. Saya menempah bilik seminggu lebih awal dengan kos bayarannya RM226.00 untuk 2 malam.

 

Saya pula tak sangka pula bila menempah bilik di Tune Hotel, semuanya di atas talian internet. Nak menempah bilik pun, siap ada harga promosi pada masa-masa tertentu. Macam sama sahaja bila menempah tiket kapal terbang Air Asia. Pada masa saya booking tiket, harganya ialah RM86.00

RM86 ini ialah harga asas dan yang hanya ada dengan harga begini ialah kipas angin dan sistem elektrik yang biasa.

Itu belum termasuk harga yang perlu ' di top up' jika mahukan perkhidmatan yang lain, contohnya penghawa dingin ( air-cond), TV dan Wi-Fi. Maka, jika saya mahukan semua perkhidmatan yang lain, saya kena membayar lagi sebanyak RM24!

 

Di Tune Hotel KL ini, tiada tempat meletak kenderaan khusus untuk pengunjung di hotel ini. Betul-betul di sebelah hotel ini ada tempat meletak kenderaan di mana ia berhadapan dengan sebuah restoran nasi kandar. Ia dikendalikan oleh pihak swasta dan jika anda berhajat untuk meletakkan kereta anda untuk 1 malam ( kiranya 1 hari ), anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM22 sehari.

 

KL-single
Gambar promosi Tune Hotel KL bagi bilik Single

 

Keadaan tempat saya menginap bagaimana pula ya?

Biliknya agak sempit laluannya, betul-betul hanya boleh dilalui untuk seorang. Anda ihatlah gambar di atas itu dengan gambar yang saya ambil. Anda boleh nilaikan sendiri.

 

Suasana di bilik penginapan saya

 

Sistem elektrikan yang diguna pakai oleh Tune Hotel. Masukkan kad secara menegak. Kenapa dengan LCD tu?

 

Hotel ini, dari 5, saya hanya boleh memberi sebanyak 3 bintang sahaja.. sesuailah dengan namanya sebagai Hotel bajet.

Oh ya.. di hotel ini ada prasana seperti berikut :

 

1.) 7-11 ( Seven Eleven )

2.) Mesin ATM CIMB

3.) Nak dapatkan teksi senang sahaja, sebab berhadapan hotel ini pun ada perhentian teksi.

4.) San Francisco restaurant - Sini tak ada sarapan pagi, anda kena beli sama ada di dalam hotel ini atau di restoran yang lain ( di luar hotel )

 

Jika anda mencari hotel bajet di KL yang memudahkan anda untuk bergerak ke mana-mana tempat yang berdekatan, mungkin hotel ini sesuai... tapi tidak bagi yang ada kenderaan sendiri.

 

Selamat bercuti...