TAHNIAH DOLLAH DAN MALAYSIA

Walaupun Malaysia sudah mara ke final dan berjaya menewaskan Thailand pada final kedua Piala AFF; tetapi di akhirnya Malaysia gagal membawa harapan lebih 100000 penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pemain Malaysia.
Saya perhatikan pada 15 minit terakhir pemain seolah-olah sudah mula semput. Thailand yang masih ada stamina berjaya menggunakan peluang ini untuk menghukum "kelemahan" Malaysia sebanyak 2 kali.

Apa pun; saya sebagai warga Malaysia dan sebagai pecinta bolasepak mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia kerana mereka ada semangat juang yang tinggi untuk memburu gol dan berjaya mendahului sebelum itu. Tuan Dollah Salleh pasti pening kerana Shukor Adan dah pun mengumumkan persaraannya dari Arena bolasepak antarabangsa.  Selain itu; dengan bermulanya Liga Malaysia pada Januari ini Tuan Dollah perlu buat scouting semula mencari pemain muda yang selaju Thailand. Saya tak mahu nak tengok persembahan yang sama sahaja dari Harimau Malaya pada edisi yang seterusnya.