Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan dari sudut sejarah




Salam sejahtera kepada pengunjung blog RizmanMa.Com yang budiman.
Untuk artikel terkini saya, artikel ini saya tujukan khas kepada mereka yang pernah terbabit, sedang melibatkan diri dalam bidang OSH dan bagi mereka yang mahu mengenali selok belok pekerjaan sebagai ‘Safety Officer’ ( Pegawai Keselamatan ). Kepada pengunjung yang budiman, pekerjaan sebagai Safety Officer atau sesetengahnya dipanggil Safety and Health Officer (SHO) bukanlah semudah yang disangka oleh kebanyakan orang. Tanggungjawabnya terlalu besar.

Tanpa membuang masa, kita lihat dari sudut sejarah, bagaimana pengurusan OHS boleh wujud di muka bumi ini. Saya akan menulis dalam bentuk fakta ringkas.
Bagi topik sejarah pengurusan OSH ini, objektif pembelajaran :-

1.) Sejarah pembangunan pengurusan OSH sejak berabad dahulu
2.) Latar belakang OSHA 1994 di Malaysia
3.) Untuk mengetahu pembangunan sistem OSH

Sejarah pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan sebelum revolusi industri
1.) Undang-undang berkaitan keselamatan dan industri sudah sedia ada sejak tahun 2000 S.M ketika pemerintahan Hammurabi dan kaitan di antara pekerjaan, penyakit dan kecederaan telah lama diketahui.

2.) 1473 – Ulrich Ellenborg, seorang doktor di German telah menerbitkan risalah berkenaan dengan penyakit pekerjaan daripada aktiviti perlombongan emas

3.) 1556 – Gergious Agricola, seorang ahli cendekiawan German ini telah menerangkan tentang penyakit yang dihadapi oleh pekerja yang bekerja di lombong.

4.) 1713 - Bernardino Ramazzini, yang terkenal sebagai bapa perubatan pekerjaan telah mencadangkan supaya ketika mendiagnosis, doktor kena tanya kepada pesakit “ kau ni buat kerja apa sampai sakit begini?” (bermaksud doktor perlu bertanyakan kepada pesakit tentang pekerjaan yang dilakukan)

Pada era 1700 an, Revolusi Industri di British  bermula dan banyak berlaku kemalangan, kecederaan dan kematian akibat daripada kemalangan industri. Kebanyakannya melibatkan wanita dan kanak-kanak kerana mereka bekerja dalam keadaan yang tidak selamat dan tidak sihat.

5.) 1833Akta Kilang British ( English Factory Law ) adalah undang-undang keselamatan industri yang pertama digubal dan berkuatkuasa. Malangnya, akta ini lebih kepada “memberi pampasan” kepada mangsa kemalangan tetapi tidak mengawal dari segi punca kemalangan itu berlaku.

Pihak insuran yang melakukan pemeriksaan di tempat kerja dan mencadangkan kaedah pencegahan, maka dengan ini tumpuan lebih terarah kepada pampasan yang diinsurankan berbanding mencari punca kemalangan. ( Keselamatan menjadi isu kecederaan dan kes insuran )

6.) 1930’sHerbert W. Heinrich telah memperkenalkan Teori Domino.
Teori Domino mengemukakan kawalan terhadap sikap dan kelakuan pekerja. Tetapi konsep Teori Domino ini hanya memberi tumpuan kepada sikap pekerja dan tidak melibatkan aspek pengurusan. Maka, orang berfikir yang Keselamatan adalah untuk mempolisikan pekerja ( Safety is about policing worker )

7.) 1970 – Frank Bird membangunkan Teori Mengawal Kerugian ( Loss Control Theory )
Teori Mengawal Kerugian ini mencadangkan bahawa punca kemalangan disebabkan oleh kurangnya kawalan pengurusam dan kelemahan aspek membuat keputusan.
Walau bagaimanapun, teori ini kurang popular kerana hanya menyalahkan pihak pengurusan, terutamanya dalam tanggungjawab pengurusan dan pengawalan.

8.) 1980 Keselamatan Berteraskan Sikap ( Behavioural Based Safety - BBS ) telah diperkenalkan dan ia lebih kurang sama seperti Teori Domino yang diperkenalkan oleh Heinrich. Konsep BBS ini lebih kepada tabiat keselamatan pekerjaan, memberi ganjaran dan hukuman jika tidak dipatuhi.
Walaupun begitu, banyak yang menentang kerana sesetengah organisasi mengamalkannya secara eklusif, dan lebih memperalatkan ‘pekerja’ yang akan  menjadi mangsa keadaan. Intensif dan ganjaran seperti yang dikemukakan oleh BBS nampaknya macam tidak berfungsi sepenuhnya.

Perkembangan terkini sistem pengurusan OSH dipacu oleh 2 kuasa yang selari iaitu :
   1- Perundangan Peraturan Sendiri di Britain (1974) (Self-regulatory Legislation)
   2- Gerakan pengurusan Kualiti

1972 - Lord Robens, Pengerusi Laporan Suruhanjaya Diraja mendapat bahawa :-
   a.) Terlalu banyak undang-undang OSH
   b.) Berpecah belah
   c.) Terhad ruang lingkupnya ( pada hazard tertentu dan tempat kerja tertentu )
   d.) Ada yang ketinggalan dan sukar dikemaskini
   e.) Tidak fleksibel ( bersifat penentuan )
   f.) Orang berfikir yang keselamatan adalah penguatkuasaan oleh kerajaan.

Lord Robens mencadangkan perundangan OSH berteraskan kepada “Peraturan Sendiri” ( Self Regulation )
Hasil laporan Lord Roben ini, maka pada tahun 1974, wujudlah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tempat Kerja ( Health and Safety of Workers at Work Act - 1974)

Undang-undang yang lebih kurang sama diwujudkan di Australia pada tahun 1984.
Di Malaysia, undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-Peraturan telah digazetkan pada tahun 1994, selepas insiden Bright Sparkler di Sungai Buloh, Selangor pada 3 tahun sebelum itu.

 
7 Mei 1991, Tragedi Letupan Kilang Mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh, Selangor


Peraturan Sendiri ( Self regulation Legistation )
Ciri-ciri perundangan gaya Robens :-
  a.) Kewajiban Am menjaga ( duties of care ) oleh :-
        => Majikan, pekerja,pengilang, perekabentuk dan pembekal
        => Kewajiban majikan untuk menjadikan tempat kerja selamat
  b.) Perbincangan dengan pekerja melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.
  c.) Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebagai penasihat dan penyelaras
  d.) Notis larangan dan pembaikan.

Terdapat banyak kemalangan industri besar yang berlaku selepas Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperkenalkan di Britain dan ini memberi asas untuk mengukuhkan keperluan sistem pengurusan OSH. Di antaranya :-

Kemalangan Program / Penambahbaikan
Letupan loji kimia di Flixborough, England (1974) CIMAH regulation 1996
Kebocoran gas di Bhopal, India (1984) Tanggungjawab mengambil berat ( Responsible Care) dan Proses Keselamatan
Letupan loji pelantar minyak Piper Alpha (1988) Penilaian Risiko / Pengurusan Sistem


Gambar insiden letupan loji kimia pada tahun 1974 di Flixborough, England

Pendekatan Pengurusan Kualiti bagi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Terdapat isu persamaan di antara pengurusan keselamatan dan pengurusan kualiti, di antaranya :-
a.) Produktiviti – Kehilangan Produktiviti akibat kemalangan
b.) Penglibatan pekerja – Memastikan program kualiti
c.) Pendekatan proaktif – bagi mengurangkan kos kemalangan
d.) Pendekatan saintifik
e.) Isu pelanggan dan hak asasi manusia

Terdapat keperluan bersama daripada pihak kerajaan, masyarakat umum dan industri bagi pengurusan kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Maka selepas itu terhasillah piawaian antarabangsa yang mengaitkan pengurusan sistem kualti dan sistem pengurusan OSH.
a.) ISO 9000 QMS (sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO14000 EMS (sistem Pengurusan Alam sekitar) pada tahun 1996
b.) BS8800 (UK) dan AS8401 (Australia) untuk pengurusan OSH yang diterbitkan pada tahun1996
c.) OHSAS 18001 untuk standard antarabangsa bagi pengurusan OSH diterbitkan pada taun1999
d.) ILO ( International Labour Organization) meluluskan garis panduan OSH untuk kegunaan kerajaan di negara masing-masing pada 2001

Ringkasan dari sejarah pengurusan OSH
1.) Revolusi industri penyebab kepada kemalangan industri dan kesedaran terhadap kemalangan industri kian meningkat. Undang-undang diperkenalkan untuk memeberi pampasan dan melindungi pekerja sejak 1833 melalui Akta Kilang British

2.) Pengurusan Keselamtan bermula dengan garis panduan yang dimulai oleh Heinrich dan diikuti pula oleh Frank Bird dan seterusnya.

3.) Lord Robben pada 1972 mencadangkan Undang-undang Sendiri ( Self regulatory Legislation) kepada kerajaan Britain. Malaysia memperkenalkan Akta Kesihatan dan Pekerjaan mulai tahun 1994

4.) Kemalangan Industri pada tahun 1970 an dan 1980 an dan kejayaan sistem pengurusan kualiti telah menimbulkan kesedaran untuk menguruskan OSH dengan asas yang sama dan sistem ini diguna pakai sehingga hari ini.