Mahalnya nak makan tengahari di Pasir Gudang

Gambar yang saya lampirkan ini hanyalah sebagai hiasan untuk tulisan saya hari ini. Sebenarnya saya bukannya pelahap nak makan sampai 3 ke 4 jenis lauk.

 

Sudah hampir 3 hari saya ‘terpaksa’ menjamah selera dengan makan tengahari di kedai makan. Disebabkan isteri dan anak saya masih lagi di kampungnya di Batu Pahat dan saya pula orang yang malas hendak berkira ( sebenarnya saya ni malas nak masak ), maka saya mengambil keputusan untuk makan sahaja di luar. Tetapi saya dah tetapkan yang saya hanya akan makan 3 jenis lauk sahaja yang perlu ada di pinggan.

Menunya : 1.) Nasi putih, tidak ambil banyak, dalam satu senduk setengah

                    2.) Ambil ayam seketul, tidak kira masak apa pun.

                    3.) Sedikit sayur ( biasanya saya suka makan sayur kobis )

                    4.) Sedikit sambal goreng ( yang ada tempe, so’on dan tauhu )

                    5.) Air – sirap liamu ais

Untuk pengetahuan pembaca, saya pergi makan di kedai-kedai makan melayu… Mamak? Sorry saya tak pergi sebab bagi saya, kebanyakan kedai mamak di Pasir Gudang ini mahal belaka dan diragui juga kebersihannya. Selama tiga hari berturut-turut saya makan di kedai makan yang berbeza tempat dan lokasi. Dari situ, saya menilai berapa harga makanan yang saya ambil, termasuk dengan harga minuman.

 

Maka inilah hasilnya :-

Hari Jumaat (12/12/2014) di kedai A => RM6:00

Hari Sabtu (13/12/2014) di kedai B => RM7:20

Hari Ahad (14/12/2014) di kedai C => RM7.50

 

Bandingkan ketiga-tiga harga tersebut. Hari ini rasanya paling mahal saya kena (RM7.50).. Saya berasa hairan, mengapa harga makanan di mana-mana kedai macam tak sama.. Saya akui yang pada hari Jumaat, kedai A yang saya pergi itu menjual dengan harga yang berpatutan dengan lauk yang dimasaknya. Walaupun tak berapa nak sedap, tetapi pelanggannya boleh tahan ramainya.

 

Di kedai yang saya singgah pada hari ini, harganya macam tak masuk akal. Saya akui yang ayam yang saya ambil itu lebih besar, tetapi dengan sayur yang diambil tidaklah sebanyak mana, tetapi saya dicaj RM7.50. Dan kebiasaannya, hari ini adalah hari yang pertama dan terakhir saya akan makan di situ kerana harganya macam tidak patut.

 

3 tahun lepas, jika saya mengambil lauk seperti yang saya nyatakan tadi, harganya pun belum pun sampai RM7. Tetapi sekarang harga makanan semakin naik dan peniaga seperti menekan pelanggan, walhal harga gula dan harga minyak masak masih lagi terkawal dan ayam pun bukannya mahal pun sekilo..

Hai entahlah.. Peniaga sekarang akan mencari alasan yang tak membuktikan kepada pelanggan, mengapa mereka perlu naikkan harga.. Antara alasannya harga ayam naik, minyak naik, kos meningkat, RM turun nilai dan entah apa-apa lagi…

 

Mereka memang suka mencari alasan..

 

Malam ini, saya masak sendiri aje lee…