Mahalnya compressor?

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog saya yang tak seberapa ini. Pada hari Ahad yang lalu, saya ada menulis tentang pencarian saya ke bengkel kereta yang ada membuat servis aircond. Dan saya ingin maklumkan, disebabkan saya tiada masa untuk 2 hari ini, maka saya membatalkan niat saya untuk mencari bengkel servis arcond di sekitar tempat saya tinggal. Jika susah sangat, saya pergi ke Johor Bahru je.. abis cerita.

 

Walau bagaimanapun, sebelum itu saya ada melakukan survey ke atas beberapa komponen atau bahagian yang biasanya diguna dalam sistem penghawa dingin kereta. Dalam kes saya, cukuplah saya ambik contoh kereta Viva.

 

Dalam kes Viva, ada kompressor yang dijual sama ada dia ialah OEM atau reckon. Tak lupa juga yang secondhand, bergantung kepada berapa lama ia pernah digunakan. Kompressor baru, jenama SANDEN (buatan Jepun), harganya ialah RM600.. Wouuuu…! 600?. Ada sesetengah kedai spare part ataupun bengkel aircond yang saya survey melalui internet, kebanyakannya menjual kompressor ini dari RM580.00 ~  RM620.00. Itu baru cerita pasal harga part, belum lagi kos memasang ye..

 

Satu lagi jenama kompressor yang terkenal (DENSO), kebanyakan kedai menjualnya dari harga RM480 ~ RM550. Memang harga sekarang untuk kompressor kaw kaw punya, tidak seperti 5 tahun yang lalu.

Untuk reckon punya… paling murah ia boleh diperoleh dengan hargnya dari RM280.00 ~ RM400.00. Itu yang reckon punya. Tetapi biasanya kedai tak menggalakkan kita beli yang reckon punya.. Mereka lebih suka menawarkan kompressor yang baru.

 

Kompressor juga bergantung dengan jenis kereta yang kita guna. Jika kereta Proton, mungkin anda tak perlu nak bimbang sangat sebab banyak reckon punya.. Harga paling tinggi pun mungkin dalam RM400 sahaja. Jika baru, sediakan duit dalam RM650. Tetapi untuk kereta WAJA, harga kompressor baru boleh mencecah setinggi RM800.00. Sama juga dengan kereta Myvi dan ALZA, kompressor baru memang mahal.

 

Untuk kereta VIVA saya, berapakah wang yang saya perlu laburkan sekiranya kompressor saya dah haus atau pun dah jahanam?

Inilah harga yang saya kena bayar (dalam anggaran saya sahaja dan ini untuk kereta Perodua VIVA)

 

Harga servis = RM200 ( anggaran sahaja)

Harga kompressor = RM480

Harga Top-Up gas =RM80.00

Injap Valve ( jika ada masalah ) = RM180.00

Maka jika dijumlahkan, semua harga yang anda perlu bayar = RM868.00

WOUUUU…. MAHALNYA BAYAR!

 

Saya nasihatkan anda supaya  anda sediakan sejumlah wang yang besar, jika kereta anda jarang-jarang diselenggara atau diperiksa sistem penghawa dinginnya. Paling besar yang anda kena sediakan ialah RM1300 ke bawah, jika memang benar komponen sistem aircond mengalami kerosakan. Itu belum dicampurkan lagi jika ada bengkel yang tidak jujur dan secara perlahan dia sembelih kita.. Kena sembelih, kosnya mungkin meningkat 2 kali ganda.

 

Untuk melakukan pemeriksaan pula, sebenarnya ramai kawan saya cakap, jika ke kedai aksesori yang ada menyediakan perkhidmatan servis aircond adalah tidak digalakkan kerana mereka sebenarnya pun bukannya mahir sangat dalam bab penyelenggaran. Kalau pemeriksaan pun mungkin tak pandai. Saya dinasihatkan supaya pergi ke bengkel kereta yang khusus menyelenggara sistem aircond ini.

 

Saya rasa, cukuplah dahulu saya bercerita berkenaan dengan harga servis aircond ini. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya dan saya harap anda juga boleh bercerita pengalaman anda dalam melakukan servis aircond kereta…

 

Anda boleh membaca di link ini untuk memahami bagaimana sistem penghawa dingin ini bekerja :

http://www.rorosite.com/car-air-conditioning-system/

Insya-Allah jika saya ada masa, saya akan menulis lagi terutamanya berkaitan pemahaman kita tentang sistem penghawa dingin ini.