Jom kita ke Hello Kitty Nusajaya

Stokes-Hello-Kitty2-1200

Bagi post ini, saya ingin berkongsikan tentang percutian saya melawat sebuah Taman Tema ini. Nak dikatakan terkenal di Johor, saya rasa Legoland pun lagi terkenal, malah orang Johor lebih banyak mengenali Legoland dari taman tema yang ada di negeri Johor ini. Selain anda pergi ke Legoland, anda juga boleh memilih untuk ke Sanrio Hello Kitty untuk bermain bersama dengan anak-anak kita.

 

Sanrio Hello Kitty ini lokasinya terletak di kawasan Puteri Harbour. Puteri Harbour ini kalau nak tau, ia adalah sebuah tempat yang meletakkan bot-bot mewah di kawasan sekitarnya. Sanrio Hello Kitty terletak di dalam bangunan ya! Bukannya macam Taman Tema sebenarnya. Nama bangunan itu ialah ‘The Little Red Cube’

 

Kalau Puteri Harbour, rupa kawasannya adalah begini…

Sanrio Hello Kitty terletak di bangunan yang warna hijau tu…

 

Berapakah tiket yang perlu anda bayar jika anda berhajat untuk masuk ke Sanrio Hello Kitty?

Ketika saya membawa keluarga saya untuk bermain di sini, harga tiketnya ialah RM55 jika anda berhajat untuk bermain Sanrio Hello Kitty Town sahaja. Jika sekiranya anda berhajat untuk bermain dengan HIT Big Club, macam Pingu, Bob The Builder, Barney, Thomas and Friend dan juga Angelina Barellina sahaja, bayarannya pun sama. (RM55) dan jika anda mahu bermain ke semuanya sekali, anda boleh membayar sebanyak RM85 seorang. Harga ini, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa, harganya ialah sama. Dan harga ini tertakluk kepada warga negara Malaysia yang ada menunjukkan Mykad dan Mykid. Kalau bukan warga negara Malaysia, harga dah lain.

 

Biasanya jika anda sebagai pengunjung, anda mesti nak main semua kan?

 

Sila lihat harga yang saya sertakan di dalam gambar. Taman permainan ini di buka dari 10AM hingga 6PM (waktu memang tidak panjang)

image

Jadi, apa yang anda dapat jika anda sudah membayar tiket? Jika anda sudah pun berada di Sanrio Hello Kitty, anda lihatlah peta di bawah ini…

 

 

Ada 11 permainan atau aktiviti yang ada dan anda boleh sertai di Sanrio Hello Kitty yang berada di tingkat pertama bangunan ini. Selain aktiviti, anda juga akan disajikan dengan persembahan-persembahan menarik yang dijadualkan dalam waktu-waktu tertentu. Anda boleh bertanya kepada pekerja mereka untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan persembahan dan apabila anda ingin bergambar dengan beberapa karakter Hello Kitty dan HIT Big Club ( macam Bob the Builder, Pingu, Angelina dan sebagainya. )

Biasanya, jadualnya macam ini…

 

Ini adalah bahagian pertama saya untuk post ini kerana saya tidak boleh meletakkan gambar-gambar atau snapshot yang lain ketika saya berada di sana. Saya akan menyambungkan post ini kepada post yang berikut kerana kalau saya letakkan ke semua gambar dalam satu post, takut loading page yang lambat.

 

Anda boleh melayari website mereka di sini untuk mendapatkan maklumat yang lain.

http://www.playtime.com.my/