Jom ke Hello Kitty Nusajaya (Bahagian 4)

20140917_150611

Jika pada post yang sebelum ini, saya lebih banyak bercerita ketika kami berada di Tingkat 1 ( Sanrio Hello Kitty ). Maka untuk artikel kali ini, saya akan bercerita pula permainan yang ada di tingkat 2 dan tingkat 3 di bangunan Little Red Cube.

 

Jika Hello Kitty lebih kepada melakukan aktiviti, lain pula jika anda ke tingkat 2 dan tingkat 3. Tingkat 2 dan tingkat 3 bukanlah tempat Hello Kitty, sebaliknya ialah watak yang lain iaitu Pingu, Angelina Barelina, Barney, Bob the Builder dan Thomas & Friend. Di sini ia lebih kepada permain macam main up down coaster, main langgar kereta, main angkat-angkat span kotak, roller coaster dan boleh juga menjamu selera kerana foodcourt ada ditempatkan bagi pengunjung. Cuma harganya macam biasalah. Sendiri boleh faham berapa harga makanan bila berada di tempat eksklusif ini.

IMG_20140917_131310

Menonton persembahan Barney

 

Bermain “Colin’s Craine Drop, salah sebuah dari ‘Up down Coaster

 

 

Sodor Playground dan bas coaster ( bas yang warna merah tu)

 

 

IMG_20140917_135250

Bermain spin coaster dan helikopter

 

20140917_151457 20140917_151543_LLS 20140917_152954 20140917_151435

Jika anda masuk ke tempat Angelina Barelina, anak anda akan diajar menari dan seterusnya menari bersama Angelina Barelina. Tetapi untuk masuk, kena tengok jadual sebab kalau masuk saje-saje je… memang tak ada apa.. biasanya dalam jam 12:30 tengahari baru ada sesi menari.

 

20140917_151245

Siap ada Cotton Candy, tapi kena beli.. Tak mau le…

 

 

20140917_135952 20140917_140110

Bermain dengan Thomas & Friends, tapi Thomas je.. friendnya ialah gerabak kot… Saya pun join naik gerabak ni, walaupun tak laju..

 

20140917_135409 20140917_135412

Pemandangan dari tingkat 3 ( bas merah.. )

 

 

20140917_150855

Bergambar bersama watak Bob The Builder

 

20140917_150441

Cafe untuk menjamu selera atau makan tengahari..

 

Outlet untuk membeli cenderamata….

 

Ini adalah artikel/ post saya yang terakhir bagi kenangan saya dan keluarga ketika bermain di Little Red Cube. Walaupun Sanrio Hello Kitty dirasakan agak ‘mahal’ untuk bercuti… Bagi saya, itu adalah pendapat peribadi masing-masing untuk menilai taman tema Sanrio Hello Kitty ini. Waktu cuti sekolah, memang boleh tahan ramainya pengunjung yang datang membawa keluarga masing-masing untuk berhibur dan memberi peluang kepada anak mereka bermain.

 

Bagi saya, kalau setakat datang sini, saya tidak akan datang secara kerap.Mungkin selepas 2 tahun, saya sekeluarga datang semula ke sini… 

Bagi anda yang berniat untuk ke Little Red Cube, Saya ucapkan selamat bercuti