Jom ke Hello Kitty Nusajaya (Bahagian 3)

IMG_20140917_120545 

Artikel ini adalah sambungan daripada cerita saya yang terdahulu berkenaan dengan percutian saya ke Nusajaya dengan bermain bersama Hello Kitty.

 

Seperti yang saya tulis sebelum ini, di sini ada beberapa jadual yang anda kena ambil tahu, iaitu jadual persembahan konsert mini dan juga jadual bergambar. Jadual ini boleh dibaca di mana-mana pintu masuk di setiap tingkat Little Red Cube ini.

Jadualnya lebih kurang begini…

 

Yang ini adalah jadual persembahan, jumpa dan bersalam dan aktiviti bagi watak-watak kegemaran anak anda kecuali Hello Kitty. Jika Hello Kitty, jadualnya adalah berlainan

 

Di Hello Kitty, saya sempat juga bermain dengan permainan ‘Black Wonder’. Permainan ini adalah permainan yang menggunakan pemikiran kita, cara untuk melepaskan Hello Kitty dan Dear Daniel itu dari penjara.

Tapi, agak susah untuk bermain kerana memang banyak memerah otak.

Sebelum berman, kami diberikan sebuah lampu, kononnya untuk mencari kata kunci, Siap diberi penerangan sebelum bermain

 

IMG_20140917_155625

Rupa-rupanya lampu itu digunakan di sini…

 

 

IMG_20140917_155607

Kononnya kena tangkap dan dikurung oleh musuh…

 

Suasana yang lain di Black Wonder..

20140917_154838

 

Saya masih mampu menyelesaikan misteri Black Wonder ini.. adalah teka apa susunan kata kunci yang betul dan saya dapat ini…..

Dua keping kertas yang berbentuk ‘Certificate’ kerana berjaya menyelesaikan masalah kata kekunci..Ceh..!

Baiklah, saya akan menulis satu lagi artikel berkenaan dengan lawatan saya di Sanrio Hello Kitty ini di mana saya akan menulis pula permainan yang berada di tingkat 2 dan tingkat 3 pula, dan ia adalah merupakan bahagian ke 4 dalam siri percutian ini.

Selamat beristirehat…