Jom ke Hello Kitty Nusajaya (Bahagian 2)

20140917_120108_Richtone(HDR)

Seperti yang saya janjikan pada artikel sebelum ini, hari ini saya menyambung penulisan blog ini berkenaan dengan percutian kami sekeluarga ke Nusajaya. Dan oleh kerana saya tidak mahu memberi beban kepada ‘page loading’ maka saya telah membuat pemampatan (compress) kepada beberapa foto yang di ambil oleh saya sendiri, isteri dan anak saudara yang mengikuti kami ke Little Red Cube ini.

 

Setelah habis membayar tiket untuk 5 orang masuk ( RM85 X 5 = RM425 ), maka tempat pertama yang kami masuk ialah di Wishful Studio, lokasinya betul-betul selepas pintu masuk di sebelah kiri. Apa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini? Hmm lihatlah foto di bawah.. lihatlah apa aktiviti yang saya buat?

20140917_111634_Richtone(HDR) 20140917_111559 20140917_111922_Richtone(HDR)

Aktiviti mewarnakan biskut Hello Kitty dengan meletakkan warna reben dan misai kucing…

 

Inilah aktvitinya. Mewarnakan biskut Hello Kitty dan inilah hasil kerja saya dan anak.

20140917_112016_Richtone(HDR) 20140917_111704_Richtone(HDR)

Yang sebelah kiri saya yang buat. Sebelah kanan Ainin yang buat. Comelkan?

 

Aktiviti yang kedua ialah mewarnakan sketch Hello Kitty untuk dijadikan lencana ( badge ). Bila dah siap warna, bagi sahaja kepada pekerja yang ada di situ untuk ditekap dan di’adun’kan menjadi lencana.

 

20140917_112805_Richtone(HDR) 20140917_112847_Richtone(HDR)

The Wishful studio juga, ada aktiviti tekap Hello Kitty menggunakan tanah liat lembut (plasestin) dan boleh juga bergambar di studio ini, macam gambar di bawah…

 

20140917_115159_Richtone(HDR)

 

Selepas habis di Wishful Studio, kami sekeluarga ada juga bermain dengan ‘Tea Cup Ride’. Bukan menarik sangat pun Tea Cup Ride tu..

20140917_111116

Menunggang Tea Cup Ride

 

Lupa saya hendak beritahu, di Little Red Cube yang menempatkan Tema Hello Kitty ini, ia terbahagi kepada 3  tingkat. Tingkat yang pertama ialah untuk Hello Kitty. Walau bagaimanapun, Hello Kitty ini lebih banyak berbentuk ‘melakukan aktiviti’ dari bermain atau menunggang. Kalau menunggang pun, hanya ada Tea Cup Ride ! Di tingkat seterusnya ( anda boleh menaiki eskelator untuk ke tingkat seterusnya ), anda akan menemui permainan bagi watak-watak seperti Pingu, Angelina Barellina, Bob The Builder, Barney dan beberapa permainan seperti main langgar kereta, roller coaster, dan up down coaster. Tempat membeli makanan pun berada di tingkat ini. Di tingkat ke 3, hanya ada Thomas and Friend kalau tak silap saya.

 

Saya sambung semula cerita ketika di tingkat yang menempatkan Hello Kitty.

Jika kita ke sini, anda akan diberitahu oleh pekerja yang ada di sana yang kita kena prihatin mengikuti jadual. Jadual yang dimaksudkannya ialah jadual untuk konsert mini dan jadual untuk bergambar dengan watak-watak kartun kegemaran anak anda. Cuma Thomas And Friend sahaja yang tiada untuk bergambar. Jika nak bergambar dengan Thomas, bergambar dengan replika je,,,

 

20140917_130621_Richtone(HDR) 20140917_110708_Richtone(HDR)

Bergambar dengan maskot watak watak penting di Hello Kitty

 

Bila anda masuk ke Kitty House, anda akan berkenalan pula dengan ‘riwayat hidup’ Hello Kitty. Pekerja di dalam Kitty House itu siap beritahu umur Hello Kitty itu masih muda! Tak tua-tua sampai sekarang. Anda dipertontonkan dengan peralatan rumah, tempat tidur, almari baju dan tidak juga lupa katil tempat Hello Kitty itu tidur. Ceh!

20140917_120127_Richtone(HDR) 20140917_120238_Richtone(HDR)

Melihat potret di rumah Hello Kitty, siap main game kat PC lagi…

 

 20140917_120314_Richtone(HDR) 20140917_120226_Richtone(HDR)

Ruang tamu Hello Kitty dan piano tempat kucing kecil itu bermain

 

 

20140917_120440_Richtone(HDR) 20140917_120606_Richtone(HDR) 20140917_120713_Richtone(HDR) 20140917_120640_Richtone(HDR)

Bergambar di ruang tamu Hello Kitty, bilik tab mandi, katil dan cermin ajaib Hello Kitty.

 

 

IMG_20140917_154443

Sempat juga menonton Konsert Mini Hello Kitty

Masih banyak lagi gambar yang ingin saya paparkan di blog ini tetapi saya tidak boleh menambah lebih banyak gambar yang lain, kerana bimbang dengan bandwith yang lemah pada ‘loading page ini’.

Bagaimana? Anda berminat menggembirakan anak-anak anda ke sini? Jika anda ke Johor, jalan-jalanlah ke Sanrio Hello Kitty di Puteri Harbour, Nusajaya.

 

Insya Allah, saya akan sambung lagi artikel ini ke bahagian 3 jika berkesempatan.

 

Selamat bercuti…