Harimau Malaya boleh pergi lebih jauh sekiranya…..

Seperti yang sudah diketahui oleh umum, especially for the die hard fan Malaysia Team Football… Malam esok (7 Disember 2014), pasukan kebangsaan kita akan menentang Vietnam pada semi-final Piala AFF Suzuki 2014 yang sudah pun memasuki edisi yang ke 10 sejak penganjuran pertandingan ini yang bermula pada tahun 1996.

 

Ramai yang masih kurang percaya pada mulanya, Malaysia mampu melepasi ranjau berduri dalam kumpulan B dalam saingan peringkat kumpulan. Malaysia hanya mampu seri 0-0 dengan Myanmar, tewas 2-3 kepada Thailand sebelum menggigit Singapura dengan 3-1. Perlawanan bersama Singapura, sampai sekarang masih ada pertikaian di antara peminat Singapura dan Malaysia, serta #keeperkatmana menjadi viral selama seminggu dek kerana taktikal Singapura yang memakan diri.

 

Bagi saya, pasukan kebangsaan kita mampu pergi lebih jauh lagi sekiranya mereka sudah melakukan persiapan rapi dari segi latihan kecergasannya, mengkaji lawannya siapa dan apa cara keberkesanan atau formula bagi melumpuhkan pihak lawan. Saya percaya Dollah Salleh ada formulanya.

Cuma, pemain yang berada di tengah padang, kalau boleh mereka menunjukkan semangat yang tinggi untuk menang, dan kelemahan yang paling ketara setakat ini ialah barisan pertahanan yang kerap hilang ‘marking’ dan kehilangan punca.. harus diperbetulkan segera.

 

Dan yang paling penting, main bola itu harus secara pro.. bukan main macam budak sekolah..

Malam ini Thailand lawan Filipina.. Saya jangka Thailand yang menang..