Astro naikkan harga untuk HD!

Bagi pelanggan yang ada melanggan Saluran berbentuk HD Astro, mulai 1 Disember yang lalu, pihak berkuasa Astro telah mengumumkan yang saluran HD akan dinaikkan bayarannya sebanyak RM5.00. Maka, jika anda ada melanggan siaran HD, anda perlu membayar RM25.00 setiap bulan , sebagai balasan anda kerana melanggan Astro HD.

 

Bukan itu sahaja, Astro akan menambah 8 saluran HD baru dan siaran baru ini akan boleh ditonton sehingga 28 Februari 2015. Selepas itu, bergantung kepada pakej yang anda langgani, maka saluran yang ada dalam pakej langganan anda akan dikekalkan.

 

Bagi saya, sebenarnya adalah tidak berbaloi kerana pelanggan kena bayar lebih lagi apabila diwujudkan saluran baru yang kononnya memenuhi kehendak pelanggan. Maka anda nilaikanlah sendiri..

 

1.) Saluran Astro yang berbentuk SD pun kerap menyiarkan cerita yang berulang-ulang. Macam dah tak de cerita gamaknya..

2.) Dah lah hari itu pun naik harga.. ni nak up lagi…

3.) Astro dah ada GST…

 

Apakah anda berpuas hati dengan Astro anda… jika anda pelanggan berbayar dan ada melanggan HD, inilah masanya untuk anda menilai semula keperluan hiburan anda melalui Astro ini. Jika anda jarang ada di rumah dan jarang buka siaran Astro yang standard, lebih baik anda berhenti melanggan Astro dan sudah tiba masanya anda bertukar memasang NJOI sahaja… sekali bayaran atau pun pasang sahaja antenna, tonton TV percuma… lagi jahat? Pasang SKYBOX…

Nilailah semula keperluan hiburan anda.. jika tidak perlu.. berhenti melanggan.. jika anda masih lagi perlu Astro, kekallah dengan mereka…