Selamat Menyambut AidilAdha

Salam Bloggerz semua. Di kesempatan ini dan dengan masa yang amat terhad; saya kira masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat AidilAdha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya pada hari ini. Ketika post ini ditulis; saya sedang berehat di rumah selepas selesai membantu melapah daging korban. Tapi oleh kerana saya tidak biasa; maka saya berehat sebentar.

Kepada rakan-rakan saya di luar sana.. Mari kita renungkan dan fahami maksud ibadah korban itu sendiri. Saya tidak boleh bercerita kerana saya bukanlah pakar dan masih belajar. Tanyalah Ustaz ya...