Safety Officer – Tidaklah semudah yang disangka..

Kawan-kawan, jika anda terpengaruh dengan cakap orang yang kerja Safety Officer itu senang, goyang kaki, hanya ronda-ronda di tempat kerja, serta anda pun berminat juga untuk menjadi safety officer, maka saya sarankan yang anda harus buat kajian semula sama ada anda benar-benar layak untuk jadi ‘Safety Officer’?

 

Walaupun sebelum ini saya pernah berada di dalam Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan di tempat saya bekerja dahulu, dan pernah mengikuti kursus sebagai Pegawai Kesihatan dan Keselamatan ini, saya sendiri berani cakap yang kerja sebagai Safety Officer bukanlah semudah yang difikirkan oleh orang kebanyakan, Tanggungjawabnya memang terlalu besar dan berat, terutamanya jika Safety Officer itu bekerja di sektor industri berat. Contohnya ialah di bidang Minyak dan Gas (Oil and Gas), di pelantar atau industri berisiko tinggi. Jika ada berlakunya kemalangan di tempat kerja, maka orang yang akan dipertanggungjawabkan oleh majikan ialah Safety Officer. Dipendekkan cerita, jika pihak majikan itu begitu cerdik, mereka akan jadikan Safety Officer sebagai ‘kambing hitam’.

 

Tetapi tidak semua Safety Officer mudah jadi kambing hitam kepada majikan yang kurang beradab dan kurang ilmunya. Jika Safety Officer siap melakukan siasatan dan jika dia ‘kamceng’ dengan pihak DOSH ( Jabatan Kesihatan dan Pekerjaan ), maka pihak majikan sama-sama boleh masuk ‘court’ jika pendakwaan dilakukan. Semua majikan di Malaysia ini sudah termaktub di dalam undang-undang, jika berlakunya sesuatu perkara yang mendatangkan kecederaan di pihak pekerja, maka DOSH boleh mendakwa majikan di mahkamah.

 

Menjadi Safety Officer yang ‘kuat’ meronda bukanlah sehebat meronda mencari pencuri. Safety Officer meronda kerana mereka perlu memerhati keadaan di sekitar tempat kerja, sama ada keadaan tempat kerja itu selamat bagi pihak pekerja atau sebaliknya. Selain melihat tempat kerja, Safety Officer juga perlu melihat perlakuan pekerja. Eh, macam-macamlah kena tengok, PPE ada guna tak?, Pekerja ikut prosedur yang betul tak?

 

Walaupun saya belum lagi menjadi Safety Officer (sebab masih lagi belajar dan masih lagi berada di dalam jawatankuasa kesihatan dan keselamatan), tetapi saya tahu betapa susahnya untuk menjadi Safety Officer yang sebenar.

 

Selepas post ini, saya akan lebihkan artikel saya berkaitan dengan isu pekerjaan, keselamatan pekerjaan dan juga beberapa posting peribadi menarik saya. Insya Allah

 

Rizman M.A