Part 2 : Alahai Minyak naik lagi...

image

Rasa tidak puas hati kebanyakan pengguna apabila minyak Petrol RON95 dinaikkan lagi oleh kerajaan yang memerintah.

Ayat pertama : Haa? Apaa? Naik lagi? Lari lagi budget aku?

Ayat kedua : CILAKAK PUNYA N*****, kata masa pilihanraya naik sekali je.. penipu!

Ayat ketiga ( tokan atau tokey kedai runcit ) : Itu minyak sudah naik lagi.. Ini macam gua mau naik harga tepung, harga telur, harga daging mesti kasi naik sampai harga siing. Kalau tak gua rugi...

Ayat keempat : Alahai... minyak naik lagi weiiii... Bajet lari lagi wei.....

 

Dah le tu, saya hanya boleh pikir 4 ayat yang mungkin diperkatakan oleh rakyat yang biasa, golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah. Subsidi minyak petrol RON95 dan diesel berkurangan lagi 20 sen, dan dengan ini harga RON95 akan naik menjadi RM2.30 sen seliter manakala Dieseil naik RM2.20. Walaupun 20 sen itu macam kecil je, tapi memang akan terasa.

 

Alasan kerajaan ialah kerana RASIONALISASI pengurangan subsidi disebabkan kerajaan pada tahun ini membelanjakan wang sebanyak RM21 billion untuk minyak sahaja. Dengan pengurangan subsidi ini, maka kerajaan dapat berjimatlah kononnya. Satu lagi alasannya ialah kerana mengekang kejadian penyeludupan minyak yang kerap berlaku di utara semenanjung, terutamanya penyangak dari Thailand.

 

Tetapi, adakah alasan kenaikan harga minyak dan pengurangan subsidi ini kukuh?

Alasan yang diberi oleh kerajaan tidak secara terperinci, macam cerita kedai kopi je..?

Kalau begini sikapnya, buat apa nak cakap perkataan RASIONALISASI setiap kali pengurangan subsidi dilakukan. Kalau orang yang biasa, mereka akan cakap kerajaan menindas golongan bawahan... Kalau pun naik, beritahulah secara detail (terperinci) kepada rakyat. Bukan hanya cakap RASIONALISASI, RASIONALISASI.. 

 

Apa le korang ni...?

 

Apa maksud RASIONALISASI subsidi itu? adakah kerajaan ada memberitahu maksudnya? Tak ada.. Berbual je lebih.  Rakyat di Malaysia ini boleh mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber, apatah lagi dari media sosial. Kalaulah 30% rakyat Malaysia ni baca HARAKAH atau pun baca blogger pembangkang, adakah sampai maklumat atau maksud RASIONALISASI itu? Nampak sangatlah Kementerian Penerangan yang bertanggung jawab dalam bab penyampaian maklumat pun tidur... Langsung tak bagi penerangan yang betul kepada rakyat.

 

Berbalik kepada RASIONALISASI minyak dinaikkan harga, Memang diakui serangan IS terhadap beberapa pelantar minyak dan politik yang tidak stabil kepada beberapa negara pengeluar minyak dunia, telah memburukkan lagi keadaaan. Si Barrack Obama dengan muka senyum kambingnya masih melakukan serangan terhadap beberapa kedudukan IS di Syria dan Iraq, tetapi membunuh orang awam sekali.

 

IS dan Amerika bagi saya tak ada beza. Dua-dua sama sahaja menyusahkan orang...

 

Tetapi, kerajaan kita ini pun, tak pernah nak aktif... Maklumat yang sebenar tak nak bagi, kerja pun malas... , pi mai pi mai je le korang ni....

 

IMPAK DARI KENAIKAN HARGA BAHAN BAKAR..

1.) Barang akan naik, terutamanya harga-harga makanan asas jika tiada kawalan dari kerajaan.

2.) Tambang bas sekolah pun naik..

3.) Tambang bas naik.

4.) Harga air minuman kegemaran rakyat Malaysia juga akan naik 20 sen. Tak percaya, cuba try pagi besok kat kedai macha.....