Lambakan warga asing, kali ini nak salahkan siapa?

 

 

Di antara isu pekerjaan yang berlaku di negara kita ini ialah lambakan warga asing yang dibawa bagi memenuhi sektor pekerjaan, terutamanya di sektor industri dan perladangan. Anda lihatlah betapa meriahnya negara kita ini. Sekarang, macam-macam ada. Adakah anda berasa bangga dengan adanya warga asing di negara kita. Ini menunjukkan bahawa Malaysia ini dilimpahi dengan sumber kekayaan, sehinggakan warga asing di Malaysia mampu menghantar berbillion ringgit ke negara asal.

Kenapa pula kita nak halang, sebab dasar kerajaan sekarang membenarkan majikan mengimport warga asing bagi memenuhi keperluan perniagaan dan industri mereka. Jika tiada mereka ini, siapa lagi yang nak buatkan? 

Di antara sektor pekerjaan yang paling banayk menggunakan warga asing ialah sektor perkilangan. Sudah banyak kilang-kilang yang pernah saya masuki, kebanyakan pekerja mereka ialah warga asing. Tengoklah tu, muka-muka dari Vietnam, Myanmar, Nepal, dan Bangladesh adalah yang paling kerap diambil untuk bekerja di sektor perkilangan. Menurut risikan dan pertanyaan yang saya pernah ajukan kepada pihak kilang, mengapa mereka gunakan warga asing, walhal anak tempatan yang tidak bekerja di luar tu ramai?

 

Oh ya, lupa pula saya nak beritahu yang saya ketika itu bekerja di sebuah kilang pengeluaran plastik (Injection Molding), maka, tempat saya bekerja ketika itu adalah agak panas dan bising.

Jawapan yang saya terima agak negatif. “Budak-budak local ini baru berdiri kat mesin ni 2 hari, dah tak datang kerja…, alasannya tak tahan panas dengan bising…”

Ada juga jawapannya begini “ Bukannya aku tak nak ambik budak-budak kita bekerja, tapi mereka ni yang tak nak, diaorang nak kerja senang je.. kerja lebih tak mau buat…,”

 

Bermakna, pekerja asing ini yang lebih sanggup untuk mengambil alih kerja yang sepatutnya diberi kepada warga tempatan. Ini baru aje cerita kat sektor perkilangan. Jika saya pergi ke ladang-ladang, hmm memang takkan jumpa orang tempatan yang sanggup mencantas buah kelapa sawit. Di kebanyakan ladang-ladang, kalau dulu kita boleh juga jumpa rakan-rakan India yang bekerja, tetapi pada masa sekarang, warga Nepal atau Indonesia yang mengambil alih kerja mencantas.

 

Saya tidak berniat untuk menyentuh cerita warga asing yang berlambak di pasaran kerja di blog ini. Tetapi saya amat sedih, banyak budak-budak muda kita yang selepas habis SPM, mereka lebih gemar melepak, merempit dan melakukan kerja-kerja yang tidak menghasilkan pendapatan. Bila tak ada kerja, komplen pulak kononnya mereka tidak dibantu. Bila dapat duit BR1M, hidung kembang semacam. Maklumlah orang bujang, dapat juga merasa BR1M. Tapi duit BR1M itu hanya tahan sebulan je..

 

Jadi di mana silapnya jika orang kita sendiri yang malas atau tidak tahan dengan suasana kerja yang ada di pasaran? Takkan nak salahkan pak menteri yang bawa warga asing masuk ke sini? Nak salahkan majikan, alasan mereka kukuh pula, orang kita cepat cabut lari dari warga asing yang tahan dimaki….

 

Maka, fikir-fikirlah..  sudah tiba masanya kerajaan mendidik rakyatnya untuk ‘rajin bekerja’ dan cuba untuk tidak mendengar pihak majikan untuk ambil warga asing. Tetapi, bila agaknya?

 

Sumber gambar : Google