Keyboard Warrior lahir dari Facebook

 

 

 

Ramai rakyat Malaysia menjadi Keyboard Warrior di Facebook!

Saya pernah menyentuh cerita ini pada post saya yang lepas. Kerana Facebook ramai yang menjadi keyboard warrior, dan kerana Facebook lah ramai yang terbunuh dek kerana kata nista dan penghinaan yang dituju kepada orang yang tidak sepatutnya.

 

Kalau saya perhatikan, ramai bangsa kita ini seakan-akan menjadi ‘Cyber Bulling’ ( pembuli di alam maya ). Di Facebook sahaja, mamat Cyber Bulling ini menghentam orang yang tidak disukai sama ada di mana-mana posting di Facebook, status, pemikiran mereka dan seumpamanya sehingga orang yang dibuli benar-benar rasa sakit hati dan merana. Walaupun belum ada lagi kes orang bunuh diri kerana Cyber Bulling di Malaysia, tetapi percayalah, jika tiada kawalan maka perkara yang kita tidak inginkan akan berlaku.

 

Keyboard warrior juga jangan sangka anda akan selamat. Menjadi keyboard warrior menyebabkan mental anda juga bertambah sakit dan silap haribulan dan jika semakin tidak waras, anda layak ke Hospital Bahagia.

 

Maka, berhentilah anda dari kerap menjadi Cyber Bulling di Facebook.