Jika anda seekor kucing lapar

Setiap hari aku menunggu insan-insan yang mungkin; mengasihi aku tatkala aku kelaparan. Tengahari itu; ada beberapa kedai makan telah pun dipenuhi dengan puluhan manusia yang akan mengisi perut kosong mereka. Maklumlah; mereka penat bekerja di sebelah pagi.

Macam biasa; aku akan pergi ke bawah meja. Di kedai makan yang aku pilih untuk cuba beradu nasib; ada le juga beberapa rakan dan tidak lupa juga; kawan karibku si comot. Dia sedang cuba mengadu nasibnya di bawah meja. "Ngiau... Miauuuu...." teriak si comot kepada orang yang berada di atas meja. Hmm sedapnya orang tu makan nasi ayam. Nasib si comot begitu baik. Dia mendapat habuannya. Walaupun hanyalah tulang peha ayam tetapi amat menyelerakan bagiku..

"aku nak sikit boleh?" tanyaku kepada kawan karibku si comot itu.

"tak boleh. kau usahalah sendiri kat meja sana" kata si comot penuh angkuh. "ini aku punya!"

"boleh le aku pun...." belum sempat aku menyambung kata-kata; si comot menghalau aku dengan garangnya. "grrrrrrrr weauuuuuuuuu....." si comot mendengus.

"kau tak bagi tak pelah.. aku cari kat bawah meja sana; tak guna punya kawan..." marahku pada si comot. Selama ini aku selalu menolong dia bila dia di dalam kesusahan. Tapi si comot berubah hanya kerana tulang ayam. Oh tuhan...

Aku cuba nasibku pula. Manalah tahu aku akan dapat yang lebih sedap dari tulang ayam si comot tu. Aku pergi ke bawah meja di mana terdapat seorang wanita bertudung sedang menjamu selera. Aku pun mencuba "ngiau.. miau...weuuu..." aku buatlah muka kesian supaya wanita bertudung itu berasa kasihan kepadaku.. tetapi dia melemparkan benda yang aku tak boleh nak telan. Memang baunya macam sedap tetapi ianya hanyalah tulang ikan. Aku nak telan macam mana kalau ikannya tiada isi. Perutku masih lagi lapar. Aku pun mencuba nasib di bawah meja.. ada beberapa orang lagi sedang makan di sana. Aku menggesel geselkan badanku ke seluar salah seorang dari mereka sambil "miau.... miau..." tetapi...

"Celaka punya kucing.. ambik kau!" Aku di tendang di kepala dengan boot kasutnya. Sakitnya aku kena sepak. Kat kepala pulak tu.. Aku berdoa kepada tuhan supaya mamat yang menyepakku tadi mendapat balasan yang setimpal kerana menyakitiku. Atau pun sekurang-kurangnya dia mendapat hidayah.

Tak bagi dah le.. tak payah le sampai nak terajang aku....

Cerita di sebalik ini : Saya perhatikan di kebanyakan kedai makan yang saya singgah; memang banyak kucing yang tidak bertuan duduk di bawah meja dan mengharapkan sesuatu untuk terus hidup. Kebanyakan daripada kita ni pun semacam tidak prihatin sampai ada yang campak kucing tu ke dalam longkang dek kerana rimas tak boleh makan disebabkan gangguan geselan atau suara kucing meminta makanan. Tak baik buat macam tu kat mereka... cuba baca ayat di gambar yang saya sertakan di post ini.