Cara menyediakan surat perjanjian pembelian atau pindah milik tanah

35072877

Pada post kali ini, saya mahu menunjukkan cara-cara untuk menyediakan satu surat perjanjian untuk pembelian atau memindah milik tanah yang dibeli daripada orang lain. Kenapa kita mesti sediakan surat perjanjian ya? Surat perjanjian ini boleh digunakan sebagai bahan bukti kerana jika ada isu berbangkit seperti hak kepada tanaha dan sekiranya tiba-tiba, ada tuntutan daripada pihak yang menjual tanah ( jika orang yang menjual itu meninggal dunia dan warisnya menuntut hak tanah.) Surat ini sebenarnya boleh dibuat sendiri oleh anda tanpa mengupah peguam. Kalau mengupah peguam, mahal harganya.

 

Surat ini juga boleh dijadikan petunjuk kepada Pejabat Tanah Daerah yang berkaitan ketika mahu menukar nama pemilik tanah.

 

Sebaiknya, sediakan surat ini dalam 3 atau 4 salinan, 1 salinan diberi kepada si penjual tanah dan 3 lagi salinan anda boleh simpan di tempat yang selamat.

 

Ini adalah contoh suratnya yang saya karang beberapa hari yang lalu.

 

SURAT PERJANJIAN PINDAH MILIK TANAH

Surat perjanjian ini telah dibuat pada 20-Oktober 2014 di Kampung Baru, 83300  Seri Gading,

Batu Pahat, Johor.               

Bahawasanya  saya  _________________________________________________   , no kad pengenalan     

_____________________________ sebagai nama  kedua ke atas geran  / lot  bernombor  _____________________________. Atas persetujuan bersama dengan ini  menjual kepada pihak ketiga dengan harga belian Rm 7,000.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ribu Sahaja).

Bahawasanya saya  MOHD SHAARI BIN ALI no kad pengenalan 820602-10-5566 bersetuju membeli  dengan harga jualan ke atas geran / lot tanah seperti yang dinyatakan di atas sebagai pihak ketiga.

Di sini disertakan lampiran salinan kad pengenalan kedua- dua pembeli dan penjual dan juga surat kematian sebagai pengganti waris pihak kedua.

Setelah dipersetujui maka tandatangan diturunkan di bawah ini berserta saksi kedua belah pihak.

 

Pihak Kedua,                                                                           Pihak Ketiga

                                                                  

 

( Nama pemilik tanah yang asal )                                        (MOHD SHAARI BIN ALI    )

I/C :                                                                                    I/C :    820602-10-5566

TARIKH:                                                                              TARIKH:

 

Saksi Pertama,                                                                   Saksi Kedua,

                                                                  

 

 

(Saksi pertama dari pihak pertama )                                  (Saksi kedua dari pihak kedua)

I/C :                                                                                  I/C :

TARIKH:                                                                           TARIKH:

 

 

Bagi anda yang tak terbiasa dan baru mahu menceburkan diri dalam pembelian tanah ini, jangan lupa untuk menyediakan surat perjanjian ini.