Budaya ‘tolak-menolak’ di dalam pekerjaan…

Di antara budaya ‘kotor’ dalam pekerjaan, tidak kiralah sama ada di sektor kerajaan dan sektor swasta ialah budaya ‘tolak’ kerja atau kalau di sesetengah bahasa pejabat, ia di kenali dengan budaya ‘Tai-Chi’. Ketika saya mula bekerja, saya kerap di “Tai-Chi’ dengan pekerjaan yang bukan di bawah pengkhususan saya.  Di dalam mesyuarat (meeting), kononnya untuk memanggil pembekal supaya melakukan kerja-kerja pengasingan, kerja itu adalah kerja saya walhal itu sebenarnya kerja dari pihak Jabatan Pembelian.

 

Dan apabila ketua saya mengetahuinya, saya dimarahi dan diberi amaran supaya jangan terlalu mudah menerima pekerjaan yang bukannya di dalam bidang yang kita tahu.. Perkara itu sudah 10 tahun berlalu dan saya banyak belajar dari kesilapan saya yang hanya ‘give and take’ tetapi tidak membantah bila diberi sesuatu perkara dai Jabatan yang lain. Inilah pengalaman saya bila di ‘Tai-Chi’.

 

Dan saya yakin, anda yang membaca blog ini mungkin pernah dapat kerja yang tidak sepatutnya tetapi akhirnya menjadi masalah anda. Konsep ‘ You Care, We Care’ hanya menjadi polisi sahaja tetapi sebenarnya tidak diikuti atau dihayati sepenuhnya oleh kebanyakan pekerja yang berada di organisasi yang besar.  Polisi itu pun harus diubah seperti You Care, You Do Yourself !

 

Kebanyakan budaya seperti ini masih diamalkan, kerana hanya satu… MALAS. Oleh kerana kerja yang bertimbun dan tidak mahu ditambah dengan kerja yang lain, maka dengan secara senyap dan terancang, dengan selambanya mereka akan menyalahkan orang yang lain dan menyatakan yang orang itu yang harus dipertanggungjawabkan, maka kerja itu berjaya ditolak kepada orang lain.

 

Saya amat pasti hampir 100% syarikat atau mana-mana sektor pun, masih berlaku budaya ‘tolak menolak kerja’ ini dan jika anda masuk sahaja ke sektor yang memerlukan banyak kerja pejabat, biasanya confirm… sama ada anda mendapat kerja yang telah ditolak oleh orang lain atau pun anda sendiri yang menolak kerja. Maka adakah caranya untuk mengelak budaya kotor ini? Jawapannya ialah tiada..

 

Kita tidak boleh mengelak budaya ‘lahanat’ ini dari terus bermaharaja lela, tetapi anda hanya dapat mengurangkan risiko kena ‘tolak kerja’ ni, di antara canya ialah :-

 

i.) Jangan sembunyikan apa-apa masalah dengan ketua atau orang bawahan anda. Jelaskan secara terperinci apa yang patut kita lakukan pada hari tersebut.

 

ii.) Jika ada orang yang gatal nak menolak kerja, jelaskan kepadanya yang syarikat itu ada prosedur yang patut diikuti, kalau dah kerja dia, dia le yang buat.. takkan anda yang kena pulak kan?

 

iii.) Dan jika anda masih gagal menolak, anda harus bertanyakan semula kenapa anda harus menerima kerja ini. Jika alasan yang tak sesuai, cakap sahaja ‘Ini bukan kerja saya, tak ada dalam prosedur kerja saya…

Anda harus berani mengutarakan masalah anda. Jika hanya ‘Give and Take’ sahaja, maka anda akan jadi sewel tak lama lagi. Ingat tu…!