Blog ini akan jadi lebih berperibadi

Salam dan Selamat Menyambut Maal Hijrah.

Blog kepunyaan saya ini sudah pun menjangkau lebih dari 3 tahun. Sejak ianya dicipta, blog ini telah banyak berjasa kepada saya sebagai pemilik, blog inilah yang telah memperbaiki diri saya di dalam penulisan blog sejak 3 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, saya berasakan yang blog ini masih ada kekurangannya, di mana saya perlu memperbaiki diri supaya blog ini terus di terima sebagai bahan bacaan dan rujukan sampingan.

Sudah hampir 3 tahun blog ini berada di Internet, tetapi saya akui yang pengunjung blog ini tidaklah sehebat blog yang lain. Jika ada sesetengah blog peribadi berjaya mengumpulkan ramai peminat, tetapi tidak bagi blog ini. Di sebabkan saya mempunyai kerjaya dan kerja saya sendiri, saya tidaklah mempunyai masa yang terluang untuk terus mengemaskini blog ini. Disebabkan kurangnya kekemasan, maka saya harus mengaku yang saya bercita-cita untuk berhenti menjadi blogger.

Tetapi berhenti menjadi blogger seolah-olah saya bersara terus dari menjadi ‘makhluk’ blogger.

Hampir 3 tahun saya menulis blog dengan tanpa ada apa-apa penyertaan saya di blog-blog yang lain (macam menyertai segmen) dan saya mengaku yang saya tiada niche tertentu ( mensasarkan audien yang tertentu ). Jika saya terus menerus menulis tanpa sasaran pembaca tertentu, lambat laun saya akan dipandang sepi. Tetapi itu hanyalah pandangan beberapa pembaca blog ini, yang mahukan saya menulis berdasarkan sasaran, bukannya menulis untuk syok sendiri.

Jika saya memikirkan dari segi target pembaca, saya lebih suka memilih cerita berkenaan pekerjaan sahaja. Tetapi itu bukanlah cara saya. Ada yang mencadangkan yang blog ini haruslah lebih ‘peribadi’. Maksudnya menulis cerita dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan dan keluarga.

Baiklah, saya mungkin akan terus menulis di dalam blog ini… banyak perkara yang saya mahu kongsikan di dalam blog ini sahaja

Rizman M.A