Alasan orang bawahan bila minta MC

Medical Certificate atau paling ringkasnya disebut 'MC' hanya boleh dikeluarkan oleh doktor yang bertauliah. Tugas doktor ialah memastikan sama ada pesakit yang datang ke klinik; mendapat rawatan yang sewajarnya. Jika benar didapati kurang sihat dan tidak mampu meneruskan kerjanya pada hari tersebut; maka selayaknya pekerja tadi mendapat MC. Jika memperoleh MC; selayaknya hanya duduk di rumah sahaja.

Walau bagaimana pun; ada juga pekerja yang menyalah gunakan kemudahan cuti sakit yang diberi oleh pihak di mana dia bekerja. Dalam perundangan; syarikat memberi tempoh cuti sakit selama 14 hari setahun. Maka; ada sesetengah pekerja "mereka-reka" untuk mendapatkan MC. Perbuatan seperti ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab; malah menjadikan pekerja itu tadi hilang motivasi dan tidak produktif.

Antara alasan MC yang sering saya terima dari beberapa pekerja bawahan saya ialah sakit perut; cirit birit; muntah-muntah; sengal badan; sakit kepala dan sakit mata.

Biasanya; kebanyakan pekerja akan hanya beri mesej (SMS) dan alasan ber MC. Paling kerap.. I'm not feeling well.. sakit perut dan muntah-muntah.  Dan selepas sebulan; pekerja yang menjadi harapan akhirnya meletak jawatan sebab mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan. Alasan MC diguna untuk pergi interview.

Sejujurnya saya tidak bersetuju dengan sesetengah pekerja yang bersikap demikian demi mementingkan diri sendiri. Ingatlah tugasan kita mesti dilakukan dan jika benar- benar sakit sahaja baru boleh MC. Kerja ialah suatu ibadah dan jangan sesekali mereka-reka kesakitan; sebab jika suatu hari nanti anda sakit dan mengambil masa untuk pulih.. habis 14 hari diguna.. apa macam?