Setakat hebat kat keyboard je.. Aku pun boleh….!

Agak lama saya tidak menjenguk akaun Facebook sendiri. Akaun Facebook saya pun sudah lama tak ada update yang terkini yang saya nak kongsi, sebab jika perkara atau gambar yang berbentuk peribadi, saya malas nak share atau pun upload di Facebook.

 

Dalam Facebook saya, biasanya saya akan membaca ringkasan berita yang disiarkan dan saya juga kerap melihat pada komen-komen yang diberikan oleh pembaca-pembaca, sama ada di Berita Harian, Astro Awani dan Sinar.

 

Walau bagaimanapun, saya menutup dan berlalu ‘pergi’ dari Facebook. Saya berasa kesal apabila ada pemberi komen yang saya rasa memberi komen yang tidak sepatutnya. Ada yang menulis dengan kata-kata kesat, sumpah seranah, menghina agama Islam ( biasanya dari puak Cauvinis Cina ) dan ada sampai main nama mak bapak pulak! Majoriti komen yang saya baca itu, lebih banyak komen yang berbaur negatif.

 

Adakah kebanyakan pemilik Facebook di Malaysia kebanyakannya adalah ‘Negatif Thinking’ dan ke mana hilangnya adab apabila memberi komen?

Saya pernah bertanya kepada kawan saya yang merupakan pakar psikologi. Untuk mengenali orang atau pun rakan kita, salah satu caranya ialah melihat bagaimana cara mereka menulis komen di Facebook! Jika komennya berbentuk maki-makian, sememangnya hidup orang ini kerap berada dalam maki hamun, atau tidak cukup berilmu dengan maklumat yang mereka terima di Facebook.

 

Kata kawan saya lagi, orang yang menjadi Keyboard Warrior ini memang suka melakukan provokasi, memfitnah, mencaci dan melakukan penghinaan kepada orang lain, tetapi di dunia yang sebenarnya, mereka lee yang paling pengecut! Tidak berani mengeluarkan kata-kata apabila diajak berbahas. Hanya ‘terror’ di keyboard sahaja.

Di Facecook, memang ramai diluar sana yang ramai ‘Keyboard Warrior’.

 

Oleh kerana ramai yang menjadi Keyboard Warrior dan saya mula mual dengan semua ini, maka saya akan unsuscribed sahaja mana-mana portal berita yang tidak membawa sebarang faedah kepada saya. Lebih bagus, saya baca ‘direct’ sahaja dari website portal berita dari membaca komen ‘Keyboard Warrior’…

 

Sebenarnya, kalau saya jadi Keybaord Warrior, saya mungkin memberi komen yang LEBIH TERUK…!