Remote TV ‘tak function’ le pula…

IMG_20140909_064951

Salam 1blogz dari saya. Bersambung lagi cerita saya untuk post kali ini.

Pagi tadi sebelum hendak pergi kerja, saya nak ‘ON’ kan TV, sebab kononnya nak tengok berita di sebelah pagi. Biasanya kalau tak nonton TV1, saya akan tonton Astro Awani kerana hanya 2 channel ini sahaja yang ada berita di sebelah pagi.

 

“Kenapa pulak TV ni tak boleh ‘ON’ ni?”, saya menekan-nekan butang kuasa merah yang terdapat di remote control itu. Tetapi saya gagal juga untuk menghidupkan TV yang terpadam sejak 8 jam yang lalu.

Saya cuba memeriksa keadaan TV dan apabila ditekan pada butang ‘Power’, maka TV pun boleh dihidupkan seperti biasa. Maka yang menjadi masalahnya sekarang ialah pada remote control, bukannya pada TV.

 

Oh ya, saya lupa nak beritahu yang TV saya ini sudah lama digunakan. Jenamanya SHARP model LC-32L550M. Model ini sudah tiada di pasaran Malaysia, maklumlah TV LCD. Remote Control pula, walaupun jenamanya SHARP, tetapi saya tahu yang sebenarnya Remote Control ini dibuat oleh pihak pembekal SHARP, sebab ada tulis ‘Made In Indonesia’. Bukannya ‘Made In Japan’.

 

Untuk memastikan sama ada remote control ini berfungsi atau sebaliknya, saya perlu menggunakan Smartphone, cari program ‘Camera’. Tujuannya ialah untuk melihat sama ada sensor Remote Control ini berfungsi atau tidak. Saya perlu menekan ke semua butang yang ada di remote control itu. Dan hasilnya seperti di dalam gambar yang disertakan.

 

IMG_20140909_065004

Jika anda perasan, ada cahaya LED yang keluar di tengah-tengah remote control itu, maka ini menunjukkan bahawa remote control saya itu sebenarnya berfungsi. Ke semua butang saya dah tekan dan semuanya menyala. Maka, ini bukanlah masalah remote control secara keseluruhannya.

 

Jika bukan masalah remote control, maka ini masalah di mana pula?

Saya mencari-cari sekejap di mana-mana website yang saya fikir boleh membantu (tetapi sebenarnya tak membantu pun.. ). Sebenarnya masalah yang saya hadapi ialah remote control itu telah ‘lock’ dan ini menyebabkan remote control ini seolah-olah menjadi ‘no function’. Sekiranya remote control ‘no function’ disebabkan lock, sepatutnya saya boleh ‘unlock’ remote control ini.

 

Ada berbagai cara saya cuba untuk ‘unlock’ remote control ini supaya ia bleh berfungsi seperti keadaan yang asal, tetapi gagal. Antara saranan daripada mereka yang pernah mengalami nasib yang sama ( brand Sharp sahaja )

 

1. Kena restkan remote control dengan mengeluarkan bateri, tekan butang power (di remote control ) selama 30 saat. Kemudian masukkan bateri semula dan tekan butang TV dan POWER serentak untuk memati atau menghidupkan TV. Tetapi kaedah ini tidak menjadi.

 

2. Ada juga saranan dengan periksa dekat ‘System Option’, kemudian cari ‘Operation Lock Out’ dan set di situ (OFF). Tetapi TV saya ini tiada pun menu ‘Operation Lock Out’.

 

Oleh kerana saya tiada masa, saya pun pergi kerja dengan perasaan agak marah kerana saya menganggap Remote TV saya ni perlu diganti sekiranya saya gagal UNLOCK remote control ini.

Saya akan terus mencuba dan jika saya dapat jawapannya, saya akan berkongsi dengan anda.