Bila semua kerja pun jadi tak serba menjadi

Salam 1Blogz saya ucapkan pada semua dan juga yang sudi datang ke blog 'tukun' ini selepas lama saya menyepikan diri di dunia blog dan kebanyakan media sosial yang lain. Tuntutan kerja yang agak ketat dan banyak sejak Ramadan yang lalu, dan ditambah lagi dengan masalah peribadi saya sejak kebelakangan ini menyebabkan saya seperti 'gagal' untuk terus mengemas kini blog saya ini.

Dan selepas ini, saya juga bercadang untuk menukar konsep blog ini. Tidak mahu menulis perkara yang tidak molek dibaca.

Berbalik pada tajuk yang saya pilih hari ini, saya percaya ramai yang menghadapi masalah tekanan kerja,sampai ada yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan itu, kerap serba tak jadi. Macam ada sahaja benda yang tertinggal atau perlu disiapkan. Tetapi tetap tak menjadi. Kenapa ya?

Seperti saya,  kerja yang serba tak menjadi ini merupakan suatu petunjuk yang kepala saya tengah berserabut. Tak tahu yang mana satu yang saya perlu dahulukan. Maka, apa ubatnya jika kepala tengah berserabut?

Jika saya, kalau dah berserabut sangat saya akan tinggalkan ofis buat sementara, cari udara yang segar dan menghirup udara itu dengan perlahan lahan.

Bagaimana dengan cara kawan saya jika otak berserabut? Ada yang pergi solat sunat di surau dan ada juga yang pergi berasap di mulut. Yang berasap di mulut itu boleh membahayakn kesihatan, maka elak elakkanlah.