Anda berbangga dengan IS?

Tentara-Daulah-Islamiyah-Iraq-dan-Syam

Berapa lama lagi pemerintahan Daulah Islamiyah (IS atau ISIS) akan dapat bertahan selepas beberapa kuasa besar barat mengisytiharkan perang ke atas mereka. Beberapa tempat strategik ISIS kini sedang diserang bertubi-tubi oleh pihak tentera asing, di ketuai oleh US yang memang kita kenal suka menjadi polis dunia.

 

IS telah mendapat simpati ramai pihak, terutamanya yang berfahaman Sunnah. ISIS atau IS ini tertubuh disebabkan penindasan yang tidak berkesudahan terhadap umat Islam Sunnah, terutamanya Iraq dan Syria kerana kerajaannya adalah dari puak Syiah.

 

Ya.. Syiah dan Sunnah tidak akan bersatu kerana ideologi yang berlainan dan Syiah sudah ternyata menyimpang dari ajaran Islam sebenar kerana membunuh orang dan Imam yang tidak berdosa dari puak Sunnah. Akan tetapi, adakah anda harus sokong perjuangan ISIS secara total?

 

Nah, tengok sahaja gambar di atas ni… Adakah ajaran Islam kita mengajar untuk mencedera dan membunuh orang tawanan? Adakah Rasulullah S.A.W mengajar kita menyembelih orang / tawanan perang tanpa ada sebab yang tertentu. Macam gambar di atas itu, orang itu hanyalah wartawan sahaja. Bukannya tentera… Membunuh pun siap rakam lagi..

Ternyata pemahaman mereka terhadap Islam yang sebenar sudah lari. Maka, apa bezanya ISIS denga Syiah? Dan apa bezanya Amerika dengan ISIS.

 

ISIS hanya memalukan agama kita.. bukan untuk menaikkan imej agama Islam yang sebenar..

Maka, adakah anda berbangga dengan Kerajaan Daulah Islamiyah ini? Malangnya ada juga orang kita yang mudah terpengaruh dengan ISIS ini yang kononnya berjuang atas dasar jihad…!

 

Sudah-sudah le tu… Kita kembali kepada ajaran Islam sebenar.. pergi dengar majlis ilmu kat masjid, bukannya baca cerita jihad ISIS yang lebih kompang dari biasa ni…! Sudah sudah le tu..!