Sunat Tarawih bukan hanya pada malam pertama sahaja…

 

 

Salam Ramadan dari Channel 20 Blog Rizman M.A kepada semua pembaca blog yang kebetulan membuka posting kami untuk hari ini dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, walaupun hari ini sudah pun memasuki hari yang keempat kita berpuasa.

 

Seperti lazimnya, bila tibanya Ramadan, maka  di antara aktiviti yang sunat kita lakukan ialah solat sunat tarawih. Bila malam pertama Ramadan sahaja, masjid akan confirm penuh sehingga tiada tempat untuk saya ‘parking’ kereta dan terpaksa parking di kawasa luar dari masjid. Bagi saya itu adalah bagus, kerana bila masanya kita nak lihat masjid penuh untuk kita menunaikan ibadah.

 

Tetapi, yang tidak sedap didengar oleh saya ialah perbualan ini ( bila saya masuk untuk mengambil wuduk ).

 

“ Ni lah Tarawih malam pertama ini fadilatnya bagus, semua dosa kau terampun bila kau solat Tarawih malam ni….”,

 

“ Lagi elok kau jangan sesekali tinggal Tarawih malam pertama, confirm dosa kau hilang lepas malam Tarawih ni..! “

Kebetulan saya terdengar ada manusia yang berfikiran begini, berbual seolah-olah kita ‘wajib’ buat malam pertama sahaja sebab dengan alasan dosa kita akan ‘hilang’ selepas sunat Tarawih dilakukan. Kalau begini pemikiran orang kita, bagi saya memang salah. Sunat Tarawih bukan hanya untuk menghilangkan dosa sahaja. Memang benar, fadilat sunat Tarawih di malam pertama Ramadan ialah Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan tetapi kita bukanlah orang yang hak untuk menyatakan yang kesemua dosa kita akan diampunkan selepas selesai solat sunat Tarawih pada malam pertama Ramadan. Untuk menghilangkan dosa, kita sentiasa memohon keampunan dari Allah S.W.T sepanjang masa dan bukannya hanya pada malam pertama Ramadan sahaja.

 

Apa yang saya bimbangkan ialah biasanya selepas malam pertama Ramadan, jumlah orang yang datang ke masjid mula menyusut dan jangkaan saya ternyata benar. Pada malam kedua,orang yang berbual pasal ‘dosa terampun selepas malam pertama ‘itu, saya tidak nampak mukanya  di masjid ( atau saya tak nampak dia di saf yang mana…)

 

Di blog ini, saya meneyru kepada semua muslimin dan muslimah, jom ke masjid setiap malam. Tak kisah sekiranya anda mampu buat 8 atau 20 rakaat, fadilat Tarawih amat banyak.. Dan jangan fikir Tarawih hanya ‘wajib’ dibuat pada malam pertama sahaja tetapi tidak di hari-hari yang lain….

 

Wassalam..