Niat Berpuasa Ramadan

Salam Ramadan dari kami dan saya di Channel 20. Untuk posting hari ini kami masih memaparkan berkenaan dengan Ramadan juga, dan hari ini kami ingin bercerita tentang niat berpuasa.

 

Biasanya adakah anda akan melakukan niat berpuasa untuk ‘sebulan’ atau setiap hari selepas sahur..?

Ada yang cakap kena kedua-duanya, dan ada yang kata hanya perlu baca yang setiap hari..

Bagi saya, adalah lebih bagus jika kita niatkan untuk kedua-duanya ( niat puasa sebulan dan niat setiap malam ).

Sebenarnya untuk niat berpuasa, kita tidak diwajibkan dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

 

Niat berpuasa untuk setahun adalah begini :-

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

 

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

 

Niat berpuasa untuk setiap hari ( boleh niat sebelum tidur atau pun semasa selepas tamat bersahur dan sebelum imsak )

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

 

Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

Jika nianya yang ringkas adalah begini :-

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى

 

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa untuk hari esok kerana Allah Taala.

 

Saya berharap yang panduan di atas adalah berguna bagi anda. Wassalam.