Apa cerita dengan kumpulan Exists?

image

Agak lama saya tinggalkan penulisan blog kerana masih sibuk dengan tugas hakiki saya sebagai Engineer. Hari ini saya baru dapa peluang utk menulis blog ini. Kebetulan ketika saya menatap skrin komputer ini, maka saya pun terpandanglah gambar ini.

 

Ini adalah gambar kumpulan Exists pada sekitar tahun 1991 ketika mula-mula mereka memuncak dengan lagu berhantu mereka ‘Untukmu Ibu’. Entah apa cerita mereka sekarang ni? Seolah-olah kumpulan Exists sudah macam ‘berkubur’ dan macam ‘tidak boleh bersama semula’ selepas penyingkiran Ezad dari menjadi vokalis band yang tersohor suatu ketika dahulu.

 

Saya berkenalan dengan Exists ini pun ketika nama band ini mula memuncak bak gunung berapi pada sekitar tahun 1992. Album pertama mereka terjual macam pisang panas. Saya kenal Ajai , Shah dan Musa kerana kami bersekolah di sekolah yang sama iaitu di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Cuma umur mereka itu kalau nak diikutkan, saya lebih muda dari mereka. Di sekolah, mereka sama-sama bermain muzik dan Ajai kerap bermain piano untuk lagu sekolah kebanggan kami.

 

Exists sejak penubuhannya tidak habis dirundung masalah dan kisah mereka kerap keluar di berita dunia hiburan ketika itu. Kes Shah disingkirkan dari Exists oleh pihak Jojo Production, dan selepas itu kes Exists yang mahu keluar dari Jojo Production juga menghiasi variasi sejarah mereka. Akibatnya Exists kehilangan vokalisnya (Mamat) kerana Mamat ketika itu menolak menyertai Exists untuk keluar dari syarikat naungan mereka.

 

Selepas itu, Ezad masuk menggantikan Mamat. Manakala Ajai pula keluar selepas album ‘Jangan Gentar’ disiapkan kerana mahu menumpukan karier pada penciptaan lagu. Saya sendiri pun tak sangka Ajai mampu ‘compose’ lagu selain bermain alatan muzik.

Dan setelah beberapa lama, Ezad pula keluar dari Exists ( juga kerana penyingkiran jika tak silap) dan digantikan dengan Joey. Tapi nampaknya belum ada satu pun album mereka bersama Joey. Joey pun sibuk berlakon sahaja.

 

Album terakhir Exists yang ada di pasaran ialah Keunggulan Exists yang keluar pada tahun 2008. Maka sudah 5 tahun Exists sepi tanpa sebarang album atau single terkini.Kalau muka mereka nampak di kaca TV pun, mereka bermain sebagai pemuzik undangan dan bukannya sebagai Exists. Macam Along dan Ujang pun kerap dilihat bersama Shah Slam bermain sebagai sessionist. Musa tidaj diketahu aktivitinya sekarang. Mungkin masih menguruskan studio kot ?

 

Kalaulah kita dapat lihat kemunculan semula Exists menyanyikan lagu-lagu mereka di kaca TV, kan lagi bagus dari ‘in hiatus’ sampai 5 tahun? Dengan mengetepikan masalah yang pernah mereka hadapi, saya pasti Ezad dan rakan-rakannya mampu meneruskan kesinambungan Exists.