Siaran 17 Mei – Selamat Hari Guru

Salam takzim kepada pembaca semua.

Hari ini 17 Mei. Hari Guru yang disambut di seluruh negara jatuhnya pada hari semalam. Tetapi disebabkan di negeri Johor cuti hari rehatnya jatuh pada hari Jumaat, maka sambutan hari guru memang tidak diadakan di mana-mana sekolah di negeri Johor. Ada yang menyambut hari Guru pada hari Khamis 15-05-2014 dan ada juga yang akan menyambutnya pada hari ini.

 

Bagi kami di negeri Johor ini sebenarnya tiada masalah kalau nak sambut hari guru bila-bila pun. sepatutnya guru dihargai setiap hari, bukannya hanya pada hari guru sahaja.

 

Masa yang terluang ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Cikgu kepada cikgu-cikgu saya yang pernah mengajar dan mendidik saya sejak dari Tadika hinggalah ke Universiti. Saya harap cikgu-cikgu yang mengajar saya di Tadika LPJ, Pasir Gudang, di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1, Maktab Sultan Abu Bakar, di NIOSH dan juga di UTM, semoga cikgu-cikgu semua sihat sentiasa dan ceria sepanjang hari walaupun ada ketikanya penat melayan kerenah pelajar-pelajar yang ‘hebat’ semuanya, dan juga hendak melayan kerenah pihak pentadbir, PPD, JPN dan yang paling penting, menjayakan PBS yang sehingga kini tidak nampak lagi keberkesanannya di mata guru-guru dan rakyat biasa.

 

Selamat Hari Guru cikgu.