Siaran 13 Mei 2014

Hai semua, salam takzim saya ucapkan kepada semua peminat saya dan peminat blog personal yang lain. Saya harap anda semua tidak jemu menjengah bukan sahaja di blog saya yang tidak ‘cun’ ini, tetapi juga di blog-blog personal yang lain. Sokonglah kami sebagai blogger marhain.

 

Pejam celik pejam celik, tak sangka yang blog saya masih lagi ‘bernyawa’ dan bernafas walaupun trafiknya tidaklah segah blog-blog otai yang lain. Dan walaupun saya kurang meletakkan posting (siaran) yang terbaharu, blog ini masih lagi dikunjungi dan itu sudah cukup untuk membuatkan saya ‘lega’. Lega kerana masih lagi yang sudi membaca apa sahaja informasi yang pernah saya siarkan di blog ini sejak 4 tahun yang lalu. Dalam tempoh 4 tahun itu, masih banyak kelemahan yang saya perlu perbaiki, terutamanya dari segi gaya penyampaian dan maklumat yang saya mahu sampaikan.

 

Sebenarnya sejak 2 minggu yang lalu, saya agak sibuk di mana saya sedang ‘menelaah’ buku-buku yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, sebab target saya ialah untuk menduduki peperiksaan di NIOSH. Saya juga agak sibuk sejak kebelakangan ni di tempat kerja, tetapi saya bukanlah seorang yang suka memberi alasan. Saya pun tidak mahu melihat blog ini berkarat tanpa apa-apa siaran dan maklumat.

 

Selain saya, saya pasti ada ramai pemilik blog yang masih lagi aktif dan rajin mengemas kini blog masing-masing. Saya agak berasa sedih bila saya dapati ada juga blog personal yang sudah tidak aktif lagi sejak 2012 sehingga sekarang. Mungkin mereka berasakan yang platform blog ini bukanlah suatu yang efektif di dunia media sosial atau pun mereka mungkin kecewa. Apa pun, bagi mereka yang masih aktif atau suam-suam kuku, anda perlu teruskan blog masing-masing. Dunia blogger melayu masih kurang, ianya hanya mewakili 0.2% dari keseluruhan blog yang wujud di muka bumi ini yang kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris. Maka, anda perlu teruskan blog anda itu.

 

Jumpa lagi di siaran yang selanjutnya.