Sentimen perkauman di tempat kerja

Salam takzim untuk semua. Hari ini 13 Mei 2014, cuti umum untuk semua. Sedang saya melihat keyboard ini, rasanya saya mahu mengetengahkan isu yang kerap membelenggu pekerja-pekerja kita, terutamanya orang-orang bawahan yang tidak boleh bersuara. Bersuara sahaja, dapat surat amaran atau surat tunjuk sebab.

 

Isu ini sebenarnya isu yang kronik. Di mana-mana pun tempat kerja, terutamanya di sektor perkhidmatan dan sektor swasta akan ada situasi ini, iaitu melebih-lebihkan kaum tertentu. Aktiviti ini seperti sudah menjangkiti banyak sektor pekerjaan di Malaysia ini. Antara sektor yang dilihat suka memilih kaum tertentu di tempat kerja mereka ialah di sektor perkilangan.

 

Sebagai contoh, anda bekerja di mana hanya anda seorang sahaja Melayu. Tetapi di sekeliling anda, nak tengok muka melayu pun boleh dikira. Kaum Cina yang mendominasi di tempat kerja dan dari segi pergaulan, anda rasa dipinggirkan. Maka dalam situasi sebegitu, bolehkan anda bekerja? Dan mentang-mentanglah anda seorang sahaja melayu di situ, anda seolah-olah kerap dibuli. Kerja anda lah yang paling banyak, tetapi rakan-rakan cina yang lain kerjanya sedikit, malah siap Tai-Chi kerja lagi kat anda.

 

Apa perasaan anda ketika itu? Bengang? Marah?

 

Saya juga pernah bekerja dan mengalami di mana syarikat yang saya bekerja ini (sekitar tahun 2007) juga seolah-olah melebihkan kaum yang tertentu memegang jawatan pengurusan. Kalau melayu jawatan pencacai sahaja yang layak. Syarikat yang beroperasi di Tebrau, Johor Bahru ini melebihkan kaum India pulak. Kalau India Malaysia mungkin saya tak  menjadi hal sangat, tetapi India ‘import’ yang dibawa masuk dan memegang jawatan pengurusan, sebagai Engineer dan Juruteknik. Saya boleh kira masa itu  tak ramai orang Melayu di tempat kerja lama  sebagai penyelia. Kalau ramai melayu pun, jadi operator kontrak aje le.

 

Di negara yang memperjuangkan 1Malaysia kononnya, tetapi jika suasana pekerjaan pun dah macam ini, bagaimana Malaysia mahu memupuk perpaduan jika orang Melayu sukar mendapat peluang memegang jawatan di sesebuah kilang… Macam ini, orang Melayu tak payahlah bersusah payang belajar sampai Degree, sebab masuk kilang pun dapat jawatan pencacai je.. Menteri yang menjaga HR, apa pendapat anda?