13 Mei 2014 – Apa nak buat hari ni?

Salam takzim saya ucapkan pada siaran hari ini 13 Mei 2014.

Hari ini ialah hari cuti umum bagi seluruh negara kerana ada di kalangan rakan-rakan saya yang berbangsa Cina dan beragama Buddha menyambut Hari Wesak. Maka hari ini adalah hari yang sesuai untuk saya bagi mengkaji apa yang saya perlu perkukuhkan dalam berblogging di samping cuba mengketengahkan penulisan, serta idea-dea baru dalam berblogging, blogger dan yang seangkatan dengannya.

Ada juga yang hari ini mahu bersama keluarga, dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk sambung tidur selepas menunaikan solat subuh. Sebenarnya tidur lama-lama pun tak elok untuk badan, kita akan lagi ‘sembab’ kerana terlebih tidur. Lagi elokkan kalau pergi beriadah di luar, macam main basikal atau pun berjogging untuk kesihatan kita.

 

Dipendekkan cerita, hari ini adalah hari anda. Lakukan apa yang anda rasa patut dilakukan.

Jumpa lagi di siaran seterusnya.