VSS itu satu keperluan?

Banyak kali saya memberitahu kepada rakan-rakan saya yang beria-ria sangat nak ambil VSS, fikirlah dahulu jika inilah jalan yang terbaik untuk diri masing-masing. Seperti yang saya tulis pada posting yang lalu, anda hanya perlu mengambil VSS jika anda sudah lama di industri tersebut, atau jika anda yakin dengan hala tuju anda selepas mengambil VSS. Dan yang paling utama, jangan pula bila dapat duit VSS, duitnya habis dalam tempoh sebulan!

 

Akan tetapi harus diingat, pihak syarikat yang mahu meng’VSS’ kan pekerjanya perlu tahu yang VSS ini bukanlah suatu keperluan yang dilakukan. Ada sesetengah kilang, kononnya mahu bagi VSS, tetapi oleh kerana sumber kewangan yang tidak membantu, mereka tetap juga adakan VSS tetapi kepada orang-orang yang terpilih sahaja. Kalau macam itu gayanya, itu bukan namanya VSS, tetapi lebih kepada Retrenchment atau satu lagi skim yang dinamakan MSS (Mandatory Seperation Scheme). Bagi anda yang mana syarikatnya pernah mengadakan skim VSS atau MSS ini, yang mana satu lagi bagus? VSS atau MSS?

 

Sama ada VSS atau pun MSS dan sebagainya, sepatutnya ini adalah jalan yang terakhir yang boleh diikhtiarkan dengan kerjasama kesatuan sekerja jika syarikat terpaksa melakukan penstrukturan semula. Bukannya satu keperluan pun untuk VSS kan pekerja.

 

Hong Leong Bank Berhad misalnya pernah melakukan VSS bagi mengurangkan jumlah pekerjanya. Malaysia Airlines pula pernah membuka MSS kepada pekerja yang sukarela untuk berpisah. Mereka mengatakan VSS atau MSS bukanlah satu keperluan tetapi ialah untuk ‘mengorganisasikan’ semula jumlah pekerja. Tapi bagi saya, sama ada Hong Leong atau MAS, mereka perlu buat MSS / VSS.

 

Bagi rakan-rakan saya di luar sana, jika syarikat anda hendak membuka VSS / MSS ini, anda perlu merujuk kepada Kesatuan Pekerja di syarikat anda bekerja atau pun ke Pejabat JTK (Jabatan Tenaga Kerja) untuk kepastian, sekiranya anda masih ragu-ragu berkenaan kedua-dua skim ini.