Prihatin ke kita? – Kucing diracun bagi mati?

Adalah amat menyedihkan, ada di kalangan masyarakat kita yang membenci kucing, seperti seronok pula melakukan kerja yang dilaknat Tuhan. Bagi makan kat kucing, tetapi sebenarnya makanan yang diberi pada kucing itu sebenarnya adalah racun yang boleh membunuh kucing tersebut.

 

Saya tidak pasti gambar di atas itu diambil dari mana? Mungkinkah dari Segamat kerana dikabarkan seorang guru di sebuah sekolah di daerah tersebut menggaulkan makanan dengan racun, kemudian diberi kepada beberapa ekor kucing, dan dia seronok melihat kucing tersebut mati.. Nampak gayanya guru tersebut dah sama taraf macam kucing tersebut. Sudah tak ada akal dan peri kemanusian. Atau mungkinkah guru ini terpengaruh dengan Zionisme / Freemason yang suka membunuh. Mula-mula cubanya bunuh kucing,   selepas itu bunuh anak muridnya yang nakal-nakal…

 

Saya hanya satu permintaan, mungkin guru ini tidak dapat diadili di mahkamah dunia, tetapi jika dia ini mengaku Islam, bertaubatlah..

 

( Kredit untuk blog Dunia Oh Dunia )