MH370 @ 9M-MRO

9M-MRO

9M-MRO, adalah pesawat yang sedang dicari oleh seluruh dunia. Sejak kehilanganmu pada 8 Mac yang lalu, hampir seluruh warga dunia menantikan jawapan yang sebenar, ke mana menghilangnya MH370 @ 9M-MRO ini?

 

Pesawat yang menggunakan nombor penerbangan MH370 ini telah hilang dari dunia kita, tidak tahu di manakah kedudukan sebenarnya sekarang. Adakah benar pesawat ini hilang ditelan oleh Indian Ocean? atau apakah pesawat ini landing di mana-mana selain dikatakan hilang di Lautan Hindi?

 

9M-MRO adalah nama sebenar pesawat ini. MH370 hanyalah nombor kod penerbangan yang digunakan oleh MAS. Jika anda rajin search 9M-MRO ini, banyak video yang memaparkan berkaitan dengan pesawat ini, sama ada keadaan di dalam pesawat ini, dan juga ketika pesawat ini mendarat dan berlepas. Dan kehilangannya sehingga kini, menimbulkan banyak spekulasi yang kini menular di mana-mana pun, terutamanya di media-media sosial seperti di blog dan facebook. Ada yang membuat tribute untuk penumpang-penumpang dan anak kapal, tetapi ada juga ynag menghentam peribadi anak-anak kapal, terutamanya kepada kaptennya.

 

Bagi saya, saya suka mengingatkan kepada mereka yang berspekulasi, sudah-sudahlah nak berilusi sangat, macam-macam pendapat, khabar angin dan spekulasi yang kononnya ini kerja konspirasilah, rampasan, hijack orang dalam, kerja UMNO, kerja ANWAR.. bagi saya, full stop. Orang kita suka sangat berspekulasi kepada perkara yang boleh mengguriskan hati dan membawa perasaan marah kepada keluarga anak kapal dan penumpang…

 

Kita hanya mampu berdoa dan menunggu dengan penuh harapan, apa yang akan ditemui oleh pihak yang terlibat dalam ‘Search & Rescue’ MH370. Doakan yang terbaik dan yang baik itu datangnya dari Allah jua…

MH370 sudah hilang.. tetapi InsyaAllah kita mampu menjumpainya semula…