Mengapa banyak syarikat yang gulung tikar?

Posting saya untuk hari ini adalah sambungan daripada posting saya pada hari semalam. Kita sudah sedia maklum apa yang berlaku terhadap Universiti Antarabangsa Al Bukhary (AiU) dan majoriti pekerjanya bakal kehilangan pekerjaan sekiranya pihak pengurusan AiU mengambil keputusan untuk terus menutup Institusi yang pada dasarnya hendak membantu orang, tetapi akhirnya tidak dapat membantu kerana kelemahan pengurusannya.

 

Tetapi saya tidak akan menulis selanjutnya berkenaan dengan AiU. AiU adalah contoh syarikat swasta yang mengambil keputusan untuk menutup operasinya kerana masalah kewangan. Sebenarnya kalau dikira secara matematiknya, di Malaysia sahaja sudah banyak syarikat bertaraf tempatan mahu pun antarabangsa mengambil keputusan yang sama, iaitu menutup sahaja operasi syarikat yang tidak membawa keuntungan atau menunjukkan kerugian sahaja dalam tempoh 2 ke 3 tahun sebelum itu. Saya ambil kilang sebagai contoh yang mudah dan lokasinya ialah di Pasir Gudang, Johor. Sudah banyak kilang-kilang yang lama beroperasi sejak 20 tahun yang lalu akhirnya ditutup kerana sudah tidak boleh lagi menguruskan operasinya di sana. Bukan sahaja kilang, beberapa syarikat perkapalan pun  sudah banyak yang gulung tikar kerana kerap kerugian.

 

Di antara alasan kenapa syarikat perlu di tutup :-

i.) Syarikat terbabit mempunyai masalah kewangan yang serius. Kerugian berganda yang dihadapi oleh sesetengah syarikat perkilangan kerana kos yang tinggi dan pasaran yang tidak menentu, menyebabkan keputusan drastik di ambil.

 

ii.) Sering menghadapi ‘customer yang lambat buat payment (bayaran)’ menyebabkan syarikat tersebut gagal untuk mendapatkan sekurang-kurangnya modal pelaburan yang dibuat sebelum ini (balik modal dalam bahasa yang mudah).

 

iii.) Sebelum ini syarikat tersebut mempunyai jumlah manpower yang ramai. Tetapi dengan pengumuman kerajaan terhadap ‘penetapan gaji minimum’ maka kos manpower pun bertambah. Mahu tidak mahu, syarikat kena potong perbelanjaan yang lain atau ‘cut manpower’. Tetapi untuk mengelakkan dari terus rugi, syarikat akan tutup terus dan memberi pampasan kepada pekerjanya. Itu pun kalau mampu bayar pampasan.

 

iv.) Terlebih belanja atau tersalah belanja dan overbudget terhadap beberapa perkara, contohnya seperti pembelian equipment yang invoisnya ditipu dan tidak dikawal, entertaiment fee yang tidak perlu tetapi digunakan sampai terlebih budget ( contohnya belanja customer makan ) , atau penipuan dalam pembelian bahan mentah, menjadikan faktor syarikat tadi senang gulung tikar.

 

v.) Turnover yang terlalu banyak pada manpower ( pekerja yang berhenti dan pekerja baru masuk kerja ). Produktiviti menjadi lambat kerana perlu mencari orang untuk diganti dan melatih orang baru, pun boleh dijadikan alasan mengapa syarikat itu ditutup.

 

vi.) Customer yang kita sangka mendapat permintaan yang tinggi terhadap sesuatu produk, tetapi di saat akhir ‘cut order’. Banyak pulak tu kena ‘cut’.

 

vii.) Inventori masuk dan terperuk di warehouse terlalu banyak terutamanya untuk part atau bahan mentah. Begitu juga dengan produk yang tidak boleh dijual, menyebabkan pihak pengurusan akan mengambil tindakan drastik untuk menutup sahaja operasi.

 

Sebenarnya banyak sebab mengapa sejak akhir-akhir ini banyak syarikat perkilangan yang ‘tutup kedai’ kerana masalah kewangan sama ada yang ‘simple management’ atau kes-kes yang lain. Jadi, anda sebagai pekerja sudahkah anda bersedia untuk menghadapi situasi di mana ‘syarikat’ tempat anda bekerja akan tutup operasi?