Matinya ‘Nirvana’ selepas 20 tahun.

File:Kurt'sNote.jpg

8hb April 1994   yang lalu, semasa 20 tahun yang lalu itulah tarikh keramat untuk sebuah band yang tersohor di Amerika Syarikat, NIRVANA yang dianggotai oleh Kurt Cobain, Krist Novoselic dan Dave Grohl akhirnya berkubur bersama nisan Kurt Cobain yang cukup bodoh mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Kurt Cobain ditemui mati oleh seorang juruteknik yang datang ke rumahnya untuk membuat penyelenggaraan elektrik. Mayat Kurt Cobain ditemui bersama dengan senapang patah dan cara kematiannya amat tragis.

 

Selepas kematian Kurt Cobain yang tidak beriman itu ( siap tukar kepercayaan lagi ke agama Buddha sebelum kematiannya ), hampir semua album Nirvana laris seperti pisang panas, terutamanya Nevermind yang dikeluarkan pada tahun 1991. Nirvana sudah boleh dianggap berkubur selepas kematian frontmannya dan dua lagi ahlinya yang masih tinggal membawa haluannya sendiri. Yang sorang tu jadi ahli politik kononnya dan seorang lagi masih berjuang dalam dunia muzik rock.

 

Sebenarnya masih ramai yang tidak percaya Kurt Cobain itu membunuh diri kerana siasatan polis di Seattle tidak menjelaskan kepada umum sama ada Kurt Cobain ada bersama orang yang lain ketika kejadian atau memang dia keseorangan. Macam-macam spekulasi mula timbul akibat dari tiadanya penjelasan daripada pihak polis atau pun dari pihak berkuasa yang berkaitan, kerana Kurt Cobain itu boleh ‘Public Figure’ ketika itu.

 

Kehidupan Kurt Cobain yang penuh dengan warna warni penderitaan yang dia cari sendiri ( dengan mengambil dadah ) sdikit sebanyak memburukkan lagi keadaan kehidupannya dan akhirnya, kita saksikan Nirvana berkubur terus dari dunia muzik antarabangsa. Selepas kematian mamat ni, ada pulak yang mengikut jejak Kurt Cobain yang sengal ni dengan membunuh diri, kononnya nak ikut beliau ke syurga

 

Kesimpulannya, kalau dah nak rock sangat pun, jangan dipengaruhi dengan dadah dan unsur  yang seangkatan dengannnya… Membunuh diri pun bukannya menyelesaikan masalah di alam yang lain.