Di marahi di depan pelanggan… apa yang kita boleh buat?

“B**i punya boss. dia maki aku kat depan customer.. mana aku nak letak muka aku ni.. semua orang tau apa yang aku buat!”, Shahidah menangis teresak-esak dan suaranya pun tersekat-sekat. Joanna hanya mampu mendengar kata-kata rakannya itu dan tidak dapat membantu situasi berkenaan kerana satu ofis tahu betapa garangnya pengurus pemasaran di tempat mereka bekerja itu. Puncanya cuma satu sahaja, Shahidah terlupa membawa 1 borang yang perlu diisi oleh pelanggannya di lobi syarikatnya, Ketika itu, bossnya itu ada bersama pelanggan tadi. Akibatnya, boss yang memang terkenal dengan ketegasan dan garangnya itu bukan sahaja memarahi Shahidah, tetapi maki hamun. sumpah seranah dan ancaman ‘warning letter’ terpaksa ditelan oleh Shahidah. Shahidah malu yang teramat sangat kerana bossnya telah menjatuhkan maruahnya sebagai pekerja di hadapan pelangggannya.

 

Adakah anda menghadapi situasi begini di tempat kerja dan apa tindakan anda bagi mengajar boss anda tadi?

 

Daripada cerita di atas, boleh disimpulkan di sini yang boss si Shahidah ini sudah tiada etika ketika memarahi orang di hadapan orang yang lain. Ini bukan sahaja menjatuhkan kredibiliti orang bawahannya, tetapi juga menjatuhkan kredibiliti boss itu sendiri dan juga keseluruhan imej syarikat.  Pelanggan yang melihat boss macam itu pun akan menyampah. Dalam hati mesti dia cakap “ Apa punya boss!, Boss aku pun tak macam ni…!”

 

Apa yang Shahidah perlu lakukan bagi menaikkan semula kredibilitinya sebagai pekerja? Shahidah harus diingatkan semula bahawa bossnya itu pun sebenarnya makan gaji di syarikat yang sama, maka sebenarnya beliau tiada hak memaki hamun Shahidah di hadapan pelanggan. Maka antara kaedah yang boleh Shahidah lakukan ialah :-

 

1.) Berjumpa dengan pihak pengurusan atasan dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan buruk yang diterima oleh Shahidah. Pihak pengurusan perlu memanggil Shahidah dan bossnya untuk siasatan lanjut.

 

2.) Jika pihak pengurusan cuba meminta Shahidah untuk menyembunyikan isu ini atau pun untuk tutup kes, bukanlah semudah yang disangka. Shahidah perlu menyatakan ketegasannya untuk tidak menerima usul untuk tutup kes. Shahidah boleh ajukan masalahnya sama ada pada Kesatuan Pekerja atau di Jabatan Tenaga Kerja. Jika ke JTK, perlulah dibawa saksi kejadian.

 

Saya harap posting saya ini berguna bagi mereka yang selalu dimalukan boss mereka di depan orang. Sekali sekala kita pun perlu mengajar boss kita itu balik. Boss pun tidak boleh buat kerja sesuka hati kan?