Cari Homestay : Al Amin Homestay di Sungkai, Perak


Jika anda masih tercari-cari tempat penginapan, terutamanya di kawasan pekan Sungkai, Perak, maka saya sudah pun mendapat di mana jawapannya untuk menginap. Di pekan Sungkai, terdapat beberapa buah homestay yang saya kira boleh menjadi pilhan anda untuk menginap semalam atau 2 malam, jika anda berasakan pergi ke kolam Air Panas Sg Klah itu menyeronokkan.

Tengah-tengah saya searching, maka saya di ketemukan dengan homestay ini, namanya ialah Al-Amin Homestay. Sebenarnya Al Amin Homestay ini adalah cawangan dari CT Homestay di mana pemiliknya ialah Hj Halim dan beliau agak ramah melayan pelanggan… Tak percaya, call sahaja dia.

Kenapa anda mesti memilih Homestay Al Amin ini jika anda memilih Sungkai untuk bercuti atau sekiranya anda memang ada sebab untuk ke Sungkai. Jika anda memilih Homestay ini, anda berkelebihan kerana :-
i.) Berdekatan dengan Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah. Hanya 10km dari homestay. 10km lebih kurang 15 minit perjalanan.
ii.) Dekat sangat dengan Tol Sungkai (3km)
iii.) Berdekatan dengan Residence Trolak atau jika nak ke Feldajaya Utara Trolak (10km)
iv.) Nak pergi stesen keretapi pun dekat (1km)
v.) Berdekatan dengan MRSM

Al-Amin Homestay terletak di Taman Sungkai Perdana. Nak ke sini? Anda perlu keluar dari Plaza Tol Sungkai, membelok ke kanan dan anda pelu ke pekan Sungkai dan carilah Taman Sungkai Perdana. Lagi bagus kalau ada GPS.

Maklumat lanjut berkenaan dengan Al-Amin homestay boleh didapati di blog mereka di : http://cthomestayft.blogspot.com/

Antara gambar yang dipaparkan untuk Al-Amin homestay..







Semua gambar di atas adalah milik CT Homestay. Walau bagaimana pun jika anda nak tahu keadaan di luar rumah, adalah lagi bagus jika anda datang sendiri di Taman Sungkai Perdana. Hubungi En.Halim di nombor 013 - 2414108 atau 014 – 7266141 untuk maklumat lanjut.