Bila syarikat offer VSS…

Beberapa rakan saya yang sudah 15 tahun berkhidmat di sebuah syarikat perkilangan, berasa gundah dan risau kerana syarikat mereka bekerja sudah pun mengumumkan untuk melakukan proses VSS ( Volunter Seperation Scheme ) bagi mengurangkan jumlah pekerja di syarikat tersebut dan seterusnya untuk melakukan penstrukturan semula organisasi dan pengurusan manpower yang tinggal. Saya tidak perlu ceritakan syarikat kilang mana, cuma ianya boleh saya katakan yang syarikat ini sudah lama beroperasi di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.

 

“Aku perlu ke ambik?” atau “Aku nak ambiklah.. menyampah kerja sini!” adalah kenyataan atau statement yang menjadi kebiasaan kepada saya jika seseorang itu mulai bosan dengan suasana kerja, atau jika syarikat itu mula mengurangkan operasi kerana kerugian yang dialami akibat daripada masalah ekonomi global. Bagi saya, anda hanya perlu ambil VSS jika…

 

i.) Anda yakin yang anda mampu mencari kerja baru dalam tempoh yang singkat. Dapat duit VSS, selepas itu dalam tempoh 2 bulan anda mampu mendapatkan pekerjaan yang baru dengan gaji yang setimpal dengan pengalaman anda.

 

ii.) Anda sememangnya sudah jemu dengan janji-janji manis pihak pengurusan yang kononnya hendak menaikkan rank atau gaji, tetapi sudah bertahun-tahun tak naik-naik seperti mana yang dijanjikan. Tetapi dengan syarat anda sudah pun tahu hala tuju anda.

 

iii.) Jika anda baru sahaja 2 atau 3 tahun menyertai syarikat tersebut, tetapi pihak syarikat lebih menggalakkan orang yang baru 2 atau 3 tahun ini mengambil VSS. Dan dengan syarat anda yakin yang anda boleh mendapatkan pekerjaan yang baru dalam tempoh 3 bulan.

 

iv.) Anda dah lama bekerja, dah dekat 30 tahun, dan sudah tiba masanya untuk anda berehat.

 

Tetapi sebenarnya ada juga yang saya tak menggalakkan anda untuk mengambil VSS

Bagi mereka yang tidak digalakkan menyertai skim VSS ialah :-

i.) Jika anda seorang yang baru sahaja diambil bekerja selama kurang dari setahun.

 

ii.) Orang yang jenis tidak boleh dapat duit yang banyak. Dapat duit VSS dekat RM100,000 tetapi duit itu habis selepas setahun atau kurang dari itu, pendek cakap ialah orang yang tidak mampu mengawal nafsu kerana wang yang banyak di depan mata.

 

iii.) Orang yang masih ragu-ragu nak ambik atau tak ambik.. Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya lebih baik jangan ambil VSS. Juga bagi mereka yang masih tak ada hala tuju selepas bersetuju dengan VSS.

 

Saya nasihatkan supaya anda perlu mengkaji lebih mendalam tentang VSS ini, sama ada anda perlu ambil atau tidak dan apa yang diberi oleh syarikat terbabit juga perlu diberi perhatian. Contohnya jika syarikat itu memberi anda setakat 12 bulan gaji tanpa pengiraan point yang selanjutnya ( Biasanya 1.2, itupun kalau syarikat anda nak bagi), bagi saya macam tak ada apa… Oleh itu, berfikirlah dengan bijak. Kerana ini menentukan masa depan anda sebagai pekerja yang perlu menyara diri sendiri dan tanggungan di bawah anda.