Bila lari dari masalah kerja…

masalah-tempat-kerja-solusi

Anda mempunyai masalah kerja yang masih belum mampu diselesaikan. Anda berasa yang kerja anda itu sepatutnya bukan dilakukan seorang, tetapi berdua atau lebih, walhal sebenarnya itulah kerja anda. Fikiran semakin berserabut bila melihat timbunan dokumen yang hendak disemak, maka anda mengambil keputusan untuk ‘1/2 day’ pada hari itu. Esok pula anda pun belum tentu datang ke tempat kerja. Senang cerita, anda nak lari dari kerja anda…

 

Soalannya, perlukah anda berbuat demikian? Ada masalah aje, ambik 1/2 day atau pun dah terlalu serabut sangat, besoknya dah tak kerja.. alahai… manjanya.

 

Saya adalah salah seorang yang berbuat demikian ketika saya mula-mula bekerja dahulu dan apabila tanggungjawab semakin bertambah,  dan apabila banyak masalah yang berlaku di tempat kerja, mula le rasa nak MC je besoknya.

Tetapi saya sedar selepas itu yang perbuatan ‘lari dari tanggungjawab’ akan memakan diri sendiri. Lagi tambah kerja ada le…

Bagi sesetengah pakar motivasi kerja yang pernah saya ajukan masalah ini, mereka jawab senang sahaja… Lari macam mana pun, kamu tidak boleh melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain yang mungkin tidak mahir dengan kerja anda. Anda tetap akan menghadap boss atau orang yang sama, dan kena melihat benda yang sama setiap hari, maka nak lari pun dengan apa jua alasan (walaupun untuk menenangkan diri) bukanlah penyelesaian. Kerja tetap akan menunggu.

 

Maka, apa kata anda.. Nak lari lagi?