Al Bukhary University dan hilang pekerjaan.

Universiti Antarabangsa Al Bukhary

Hari ini saya dikejutkan dengan penutupan Universiti Antarabangsa Al Bukhary (AiU) di mana universiti ini baru sahaja 4 tahun beroperasi di Alor Setar, Kedah. Dengan penutupan AiU ini, maka hampir semua staff universiti ini bakal kehilangan pekerjaan masing-masing dan bermula minggu depan, sebahagian pelajar yang masih tinggal di universiti ini akan dipindahkan ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebenarnya spekulasi atau desas desus AiU bakal ditutup mungkin lama diketahui oleh pekerja-pekerja di universiti berkenaan. Tetapi mungkin juga mereka tak sangka ia sudah pun menjadi kenyataan.

 

AiU adalah universiti swasta. Bezanya mereka tidak mengenakan yuran di mana ia ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Al Bukhary. Niat Syed Mokhtar memang baik, mewakafkan tanah, membina tapak dan bangunan dan seterusnya memberi pendidikan secara percuma kepada mereka yang memerlukan, cuma disebabkan oleh masalah pengurusan yang kurang cekap dan mungkin juga atas beberapa faktor yang lain, maka Kementerian Pelajaran mengarahkan AiU ditutup bagi membolehkan penstrukturan semula, atau pun terus ditutup sahaja. Bagaimana nasib pekerja-pekerja yang bakal kehilangan pekerjaan masing-masing? Mereka akan diberi pampasan sewajarnya atau hanya sebulan gaji?

 

Bekerja di syarikat swasta memang berisiko untuk kehilangan pekerjaan. Tanyalah pada siapa-siapa sahaja yang sudah lama bekerja di syarikat swasta ini. Jika syarikat tersebut terus rugi setiap kali pengumuman pendapatan pada Q1, Q2 dan mungkin juga Q3, serta kerap gagal membayar gaji pekerjanya, serta tidak dapat menampung kos operasi, maka biasanya syarikat itu bakal kena tutup. Yang biasa menghadapi masalah ini ialah syarikat perkilangan, pengeluaran dan juga yang berasaskan kepada perkhidmatan pengangkutan.

 

Adakah anda ada mendengar berita yang mengatakan syarikat di tempat kerja anda kerap rugi, gaji selalu tertangguh, OT pun dah tak ada terus dan ada berlaku audit yang melibatkan aset / peralatan. Jika ada besar kemungkinan syarikat tersebut tidak akan bertahan lama, maka apa persediaan kita?